Cara Dapatkan Bank Statement BSN Online 2024
2024-07-26T15:45:21Z
Cara mendapatkan penyata BSN sebenarnya mudah sahaja, dan memandangkan perbankan internet BSN tersedia, kita tidak perlu datang ke cawangan bank. Tapi, mungkin masih ada yang tidak tahu bagaimana caranya.
Penyata bank, yang berfungsi sebagai dokumen bukti aliran kewangan yang penting, boleh digunakan untuk pelbagai tujuan formal, seperti permohonan pinjaman, pengesahan pendapatan (untuk individu yang bekerja sendiri), dan banyak perkara lain, seperti meminta bantuan kerajaan.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda, cara untuk dapatkan penyata kewangan atau statement BSN dengan mudah.
Cara Dapatkan Penyata Kewangan BSN
Ada 3 cara yang kita boleh buat untuk dapatkan Bank Statement BSN, iaitu melalui SMS, melalui laman MyBSN dan juga menggunakan ATM.
1. Melalui SMS
Jika anda ingin menerima penyata bank BSN menggunakan, langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
- Buka aplikasi SMS pada telefon bimbit
- Taip STMT<jarak>No.KP<jarak>alamat emel
- (Contoh: STMT 980822127784 namasaya@gmail.com)
- Hantar ke nombor 66300.
Anda akan menerima penyata kewangan melalui emel dan anda boleh muat turun dan cetak.
2. Melalui Laman MyBSN
Kalau anda memiliki akaun MyBSN, anda juga boleh mendapatkan penyata kewangan BSN melaluinya iaitu dengan cara:
- Buka laman web MyBSN melalui pautan https://www.mybsn.com.my/
- Isikan Nama Pengguna (Username)
- Klik pada butang Log Masuk (Login)
- Sahkan Imej Keselamatan (Security Image)
- Masukkan Kata Laluan (Password)
- Klik Pemuka Akaun (Account Overview)
- Pilih Penyata Elektronik (E-Statement)
- Pilih Nama Akaun (Account Name)
- Klik Sejarah Transaksi (Transaction History)
- Klik Cetak (Print)
3. Melalui ATM
Jika di lokasi anda terdapat mesin ATM BSN berdekatan, anda boleh pergi ke mesin ATM tersebut untuk mencetak penyata kewangan secara langsung dari mesin ATM tersebut.
Namun, penyata kewangan yang dicetak hanya akan menunjukkan ringkasan transaksi masuk dan keluar anda sahaja.
Jika anda memerlukan butiran yang lebih terperinci dalam penyata kewangan, disarankan agar anda memperoleh penyata bank anda melalui emel atau dari laman web MyBSN seperti yang dinyatakan dalam poin di atas.
Tetapi sekiranya anda menghadapi kesulitan dalam mendapatkan penyata bank BSN, anda boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN secara terus melalui talian 1300881900.