22 Ayat Tentang Adik Beradik Paling Menyentuh Hati

Adik beradik adalah pelita kecil yang menghiasi perjalanan panjang hidup kita. Mereka adalah sekumpulan bintang yang sentiasa bersinar dalam kegelapan malam.

Dalam kehidupan yang penuh warna warni ini, tiada ikatan yang boleh menyentuh hati kita seperti hubungan adik beradik.

Dari saat pertama kita mengenali mereka, adik beradik telah menjadi kawan sejati kita pada setiap langkah. Mereka adalah orang yang sentiasa berada di sisi, berkongsi tawa, air mata dan segalanya.

ayat untuk adik beradik

Koleksi Ayat Tentang Adik Beradik

Berikut merupakan beberapa ayat tentang adik beradik.
  1. Ada orang selalu lebihkan orang lain dari adik beradik. Sebab kalau dengan orang lain, dapat nama, dapat puji. Padahal nabi dah pesan, buat baik yang sangat baik ialah kepada adik beradik. Utamakanlah adik beradik. Adik beradik adalah orang yang paling tak layak untuk dibenci. Kerap bergaduh, kerap bertengkar sekalipun, dalam hati kekalkanlah rasa sayang sampai bila-bila.
  2. Adik beradikku. Kita membesar di rumah yang sama. Kita pernah bergurau senda bergelak ketawa. Mungkin kini kita makin jauh. Mungkin ada kecil hati di antara kita. Tapi doaku sentiasa ada buat kita semua. Mungkin aku yg akan pergi dulu nanti. Tapi hubungan kita tetap terikat. Semoga kita disatukan semula bersama ibu dan ayah di Akhirat. Ingatlah. Kita lahir daripada rahim yang sama. Cuma takdir dan nasib hidup yang berbeza.
  3. Dalam adik beradik mesti ada salah sorang yang akan jadi peneman kepada mak ayah kita, walaupun dia hanya kerja kampung, gaji tak tetap, tak ada kemewahan hidup, tetapi dialah yang banyak bekorban, selalu bawa mak ayah kita ke klinik, uruskan hal-hal berkaitan mak ayah kita, insan ini lah yang paling banyak berjasa, hargailah mereka.
  4. Adik beradik ibarat dahan pokok. Berbeza nasib ikut rezeki masing-masing. Namun pohonnya masih satu, akarnya masih sama. Walau jauh, walau bergaduh, sampai masa tetap akan berpadu.
  5. Jangan selalu lihat keburukan adik-beradik sehingga lupa pada kebaikannya. Kerana adik beradik tetap adik beradik. Cuma dilahirkan berlainan nasib dalam hidupnya.
    ayat sentap untuk adik beradik
  6. Mak ajar dari dulu dengan adik beradik jangan berkira, jangan dengki dan kalau adik beradik susah, tolong. Family always come first.
  7. Dalam adik beradik akan ada seorang yang mulutnya tajam. Berani menegur adik beradik yang lain. Jika ada adik beradik yang dianiaya oleh orang luar, dialah yang akan berdepan dengan orang tu. Walaupun watak dia macam tu, tapi hati dia baik. Sayangilah adik beradik kita.
  8. Jangan berkira nak belanja ahli keluarga sendiri. Emak, ayah, adik beradik, anak sedara. Insya allah, banyak kita bagi, lagi banyak nanti Allah akan ganti.
  9. Jangan sombong dengan adik-beradik. Nanti yang awal datang siapkan jenazah kau bukan orang lain, tapi adik beradik sendiri juga.
  10. Adik beradik antara insan yang paling boleh dipercayai dan diharapkan.
  11. Biar kita putus kawan, jangan kita putus saudara, putus hubungan adik beradik. Kawan boleh dicari, adik beradik tak ada yg boleh ganti. Hubungan keluarga ni lain, Sekali dah putus, susah nak sambungkan semula. Jagalah hubungan adik beradikmu.
  12. Buat baik dengan adik beradik kau, nanti kalau kau susah, takde orang lain yang akan tolong kau nanti, melainkan darah daging sendiri.
  13. Jangan sisihkan kalau ada adik beradik yang susah, bantu mereka. Sebab kita ni pun, bukan selamanya senang, bila kita susah nanti, adik beradik jugalah yang akan tolong. Selalulah doa, semoga adik beradik kita sentiasa dijauhkan dari kesusahan.
  14. Adik beradik jangan dibuat musuh! bila adik beradik susah kita kena tolong sebab adik beradik adalah teman kita yang bersama susah dan senang dari kecik sampai kita mampu berdikari.. Ingat pesan mak ayah, gaduh macam mana sekali pun jangan sampai putus persaudaraan...
  15. Adik beradik ibadat suis lampu. Saat terang kita tak peduli. Tapi, saat gelap kita meraba mencari. Jagalah mereka saudara sedarah. Pasti hidup kita akan berkah.
  16. Hubungan dengan adik-beradik adalah warisan yang tak ternilai. Mereka adalah kenangan yang akan kita selalu simpan dalam hati kita.
  17. Ketika kita berada dalam kegelapan, adik-beradik adalah cahaya yang membawa kita keluar. Mereka adalah harapan dalam setiap krisis.
  18. Saat kita melihat ke belakang, kenangan bersama adik-beradik selalu menjadi yang terindah. Mereka adalah bahagian termanis dari masa lalu kita.
  19. Tiada kata-kata yang cukup untuk menyatakan betapa bermaknanya adik-beradik dalam hidup. Mereka adalah harta yang paling berharga.
  20. Ada kalanya dalam hidup ini adik beradik sahaja yang memahami kita sepenuhnya. Mereka adalah insan yang tidak ternilai.
  21. Ketika kita bersama, terasa seperti dunia ini adalah tempat yang lebih baik. Adik-beradik membuat hidup lebih berwarna.
  22. Tidak peduli seberapa jauh kita terpisah, hubungan dengan adik-beradik selalu kuat. Mereka adalah darah dari satu hati yang sama.

Itulah koleksi ayat tentang adik beradik. Hargailah adik beradik kita dan semoga sama-sama berjaya dalam hidup. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel