5 Kebiasaan Orang Jepun Yang Boleh Kita Jadikan Sebagai Kunci Kejayaan

5 Kebiasaan Orang Jepun Yang Boleh Kita Jadikan Sebagai Kunci Kejayaan

Orang bijaksana selalu cakap "Kalau mahu berjaya, kita perlu belajar dari orang yang sudah berjaya dari kita". Jadi tidak salah kalau kita cuba mencontohi sifat atau kebiasaan yang bagus yang selalu dilakukan oleh orang-orang yang sudah berjaya.

Kita sedia tahu bahawa Negara Jepun merupakan salah sebuah negara yang boleh dikatakan sangat maju. So, apa salahnya kalau kita cuba ambil tahu apa perlakuan-perlakuan baik yang dilakukan oleh penduduk negara matahari terbit itu sehingga membawa kejayaan negara mereka. Jangan tiru perbuatan yang tidak baik sudahlah huhu.

Jadi kali ini, saya akan cuba kongsikan beberapa sifat baik atau kebiasaan orang Jepun yang kita boleh jadikan sebagai kunci kejayaan.

Silakan baca ya :)

1. Penduduk Jepun Mempunyai Rasa Malu Yang Cukup Tinggi

Penduduk Jepun malu jika mereka melakukan hal-hal yang tidak baik atau hal yang boleh merugikan.

Sebagai contoh, orang Jepun malu jika mereka tidak berdisiplin, tidak jujur, melakukan rasuah atau mereka melanggar peraturan.

Jadi, bermodalkan rasa malu yang cukup tinggi itulah masyarakat Jepun boleh hidup dengan saling mencintai dan tanpa rasa curiga diantara mereka.

2. Rajin Membaca

Kerajinan membaca pada masyarakat Jepun merupakan antara faktor utama kejayaan negara itu.

Fakta menyatakan masyarakat Jepun lebih banyak membaca berbanding menonton televsyen. Sedangkan dalam perjalanan pun mereka gunakan masa yang ada untuk membaca.

Jadi, kita perlu rajin membaca macam mereka. Lagipun membaca itu adalah jambatan ilmu :).

3. Berjimat Dan Pandai Mengatur Kewangan

Ya, masyarakat Jepun memang terkenal dengan kerajian mereka menabung.

Selain gemar menabung, masyarakat Jepun sangat berjimat, bukan dalam hal kewangan sahaja tapi juga dalam penggunaan masa dan tenaga.

Satu prinsip Jepun yang perlu kita tanam dalam diri kita ialah "Pembaziran dan mempersia-siakan wang, masa dan tenaga adalah hal yang amat memalukan".

4. Pantang Menyerah

Tidak mudah mengalah dan sentiasa bersemangat adalah antara prinsip Masyarakat Jepun yang perlu kita contohi.

Prinsip tersebut diterapkan sejak dari dahulu lagi tidak kira disekolah atau dirumah mereka.

Dengan penerapan prinsip tersebut, generasi-generasi muda di Jepun menjadi kuat.

5. Saling Menghormati

Jepun berpendapat bahawa sikap untuk menghargai dan menghormati itu dilakukan sebagai bentuk rasa syukur mereka.

Jadi, kita pun perlulah saling menghargai dan menghormati sesama kita.

Kesimpulan

Marilah kita bersama-sama mencontohi sifat dan kebiasaan baik yang ada pada masyarakat Jepun.

Tidak ada salahnya untuk meniru hal-hal yang baik. Jangan sampai terikut-ikut dengan sifat yang tidak baik sudah.

Selamat maju jaya. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel