Video Walla Percuma 1GB Untuk Pengguna Celcom Dan Xpax

Video Walla Percuma 1GB Untuk Pengguna Celcom Dan Xpax

Selamat sejahtera semua. Untuk meraikan kejayaan negara kita dalam Sukan SEA KL2017 pada hari Kemerdekaan ini, Celcom dengan baik hatinya menawarkan 1GB Video Walla percuma kepada semua pengguna XPAX dan CELCOM.

Cara Menebus Video Walla Percuma 1GB Untuk Pengguna Celcom Dan Xpax

Jadi bagaimana untuk mendapatkan video walla percuma tersebut? Pertama sekali pengguna perlu muat turun aplikasi Xpax.

Setelah siap muat turun aplikasi tersebut, buka dan masuk ke bahagian My Services.
Video Walla Percuma 1GB Untuk Pengguna Celcom Dan Xpax

Seterusnya klik pada Free 1GB Video Walla dan proceed untuk menebus. Bagi pelanggan Xpax, kita boleh tebus data sebanyak 1GB percuma untuk digunakan bagi menonton video ini antara hari ini sehingga 1 September 2017 kelak. Sebaik sahaja menebusnya, kita diberikan tempoh masa selama 24 jam untuk habis menggunakan data 1GB untuk menonton video.

Jadi selamat menggunakan data berkenaan untuk menonton video melalui YouTube, iFlix, Netflix, Tonton, AstroGO, dimsum, HeroTalkies, MOX Digital, MetroTV dan juga DailyMotion.

Jangan lupa share kepada kawan-kawan anda yang menggunakan Celcom dan Xpax. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel