4 Kebiasaan Harian Ini Boleh Buat Kita Hebat Berbahasa Inggeris

Tips Cepat Pandai Bercakap Inggeris
Ya, salam sejahtera semua.

Boleh dikatakan pandai bercakap inggeris merupakan salah satu keperluan yang penting pada masa ini. Jadi sangat perlu untuk kita menguasai bahasa inggeris.

Kalau kau tidak pandai cakap english, macam mana kau nak travel ke negara orang putih kan?
Atau macammana kau nak bercakap bila dapat temuduga dalam bahasa inggeris kan???

Ya kita teruskan...

Ada sebahagian orang yang cakap menguasai bahasa inggeris itu adalah satu hal yang sangat sukar. Tapi sebenarnya bukan susah sangat pun kalau usaha betul-betul hukhuk.

Kalau kita hanya meletakkan harapan untuk belajar inggeris dengan menggunakan kamus sahaja, sudah pasti memakan masa yang lama. Memang banyak cara untuk pandai bercakap inggeris, dan biasanya kita juga TERbelajar inggeris pada beberapa kebiasaan harian yang kita lakukan.

Banyak kebiasaan dalam kehidupan sehari kita boleh buat kita terbelajar bahasa inggeris tanpa sengaja. Dan kali ini, saya akan kongsikan kepada anda semua beberapa rutin harian kita yang boleh buat kita hebat dalam bahasa inggeris.

Here we go...

1. Main Game

Ya, masa ini ramai antara kita yang suka main game tidak kiralah game offline atau game online. Tiap kali kita main game pasti ada ayat atau perkataan-perkataan bahasa inggeris yang berulang-ulang kita nampak. Nah, dari situlah kita terbelajar sedikit bahasa inggeris.

Apatah lagi kalau kita main game online yang memerlukan kita berkomunikasi dengan orang dari luar negara. Walaupun awal-awal kita gunakan aplikasi atau bantuan kawan untuk translate ayat yang kita tidak tahu tapi lama kelamaanya pasti semakin banyak ayat dalam bahasa inggeris yang kita tahu.

Kalau pengalaman saya sendiri memang saya sangat setuju kalau bermain game boleh buat kita menguasai bahasa inggeris dengan cepat.

2. Menonton Filem

Yang ini juga sangat membantu untuk kita menguasai bahasa inggeris.

Jadi, rajin-rajinlah tengok filem-filem hollywood supaya makin cepat pandai bercakap inggeris.

Kalau saya sendiri, bila jumpa ayat atau perkataan baru yang saya kurang faham masa menonton movie, saya akan cuba cari maksud ayat itu. Nah disanalah kita dapat belajar ayat atau perkataan bahasa inggeris yang baru.

3. Dengar Lagu

Remaja zaman sekarang pasti sangat suka dengar lagu-lagu barat yang sedang popular seperti lagu oleh Ed Sheeran iaitu Perfect atau Too Good At Goodbyes oleh Sam Smith. Ya saya suka dengar kedua lagu itu huhu.

Masa dengar itu pasti kita cuba juga untuk menghafal lagu itu. So, kita sudah terbelajar bahasa inggeris kan?? Apalagi kalau kita cari terjemahan lagu itu dalam bahasa kita, pasti makin cepat pandai bahasa inggeris.

4. Berblog

Yang ini pasti ramai blogger akan setuju.

Masa menulis artikel blog, adakalanya kita cari rujukan di website-website luar negara. So, kita dapatlah juga belajar bahasa inggeris kan?


Kesimpulannya

Banyak lagi sebenarnya rutin kebiasaan atau rutin harian yang boleh buat kita hebat berbahasa inggeris.

Jadi, kalau mahu lagi cepat pandai bercakap inggeris, rajin-rajinkanlah diri untuk belajar dan terus belajar bahasa inggeris haha.

Okay, sekian sahaja perkongsian mengenai 4 kebiasaan harian kita yang boleh buat kita hebat berbahasa inggeris. Semoga bermanfaat dan kalau anda rasa, masih ada yang kurang dalam tulisan saya ini sila kongsikan di ruangan komen.

Terima kasih :)
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel