9 Cara Mengatasi Muka Berminyak Agar Kelihatan Flawless

Cara Mengatasi Muka Berminyak

Mesti ramai yang mengalamai masalah muka berminyak dan hal ini memang sangat merimaskan. Anda dah cuba pelbagai cara dan produk untuk mengatasi masalah muka berminyak namun tidak berjaya?

Anda jangan risau, jom kita amalkan tips-tips untuk mengatasi masalah muka berminyak agar kelihatan flawless. Jika anda amalkan tips tips ini dengan sedikit usaha pasti anda akan mampu mendapatkan muka yang tidak lagi berminyak dan nampak flawless. Mari kita lihat apakah tips tips yang kita boleh amalkan untuk mendapatkan raut muka wajah yang tidak berminyak.

Senarai Kandungan [Show]

Cara Mengatasi Muka Berminyak

Berikut merupakan beberapa tips untuk mengatasi kulit muka yang berminyak:

1. Gunakan Pembersih Muka Yang Lembut

Pilih pembersih muka yang mengandungibenzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid ataubeta-hydroxy acid.

Kandungan ini sangat lembut dengan semua jenis kulit tambah lagi yang berminyak. Ia akan mengawal pengeluaran minyak berlebihan.

2. Cuci Muka Waktu Siang Dan Malam

Cuci muka sebaik bangun tidur dan sebelumtidur.

Ia akan menstabilkan kadar pengeluaran minyak semula jadi di kulit muka.

3. Elakkan Mencuci Muka Dengan Air Panas

Ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan jika kita elakkannya maka hilanglah kulit berminyak secara semula jadi pada muka.

4. Elak Makanan Yang Menghasilkan Minyak

Makanan yang tinggi lemak, gula dan garam penyumbang kepada muka berminyak, begitu juga produk tenusu.

Hadkan pengambilan makanan sebegini untuk elakkan muka berminyak.

5. Ambil Makanan Yang Tinggi Fiber

Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan sitrus terutamanya sangat bagus untuk mengurangkan penghasilan minyak berlebihan.

Sebaiknya makan sayur-sayuran yang direbus atau dikukus.

6. Minum Air Secukupnya

Minum air sebanyak yang mungkin kerana air boleh membuang toksin dalam badan yang menyebabkan penghasilan minyak berlebihan dan pertumbuhan jerawat.

7. Lemon

Campurkan sesudu lemon dengan sedikit madu dan susu. Sapukan pada kulit muka biarkan selama 10-15 minit sebelum dibilas. Boleh buat sekali sehari tau.

8. Timun

Kisar timun segar sehingga hancur lalu jadikannya sebagai masker muka. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas dengan air bersih. Boleh buat 2 kali seminggu untuk kesan yang lebih baik.

9. Yoghurt

Ambil sesudu yogurt dan ratakan ke seluruh muka. Biarkan selama 15minit kemudian bilas. Boleh buat seminggu sekali. Tujuan dia membantu untuk menyerap lebihan minyak pada muka dan menanggalkan sel kulit mati.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel