Jangan Potong Misai Kucing! Ini Fakta Mengenai Misai Kucing Yang Perlu Korang Tahu

Jangan Potong Misai Kucing! Ini Fakta Mengenai Misai Kucing Yang Perlu Korang Tahu

Fakta Mengenai Misai Kucing - Hari ini saya mendapat tahu apa yang berlaku sekiranya misai kucing rosak atau terpotong. Ternyata, misai kucing adalah mekanisme deria penting untuk kucing itu. Jika misai kucing itu rosak, ia akan menyebabkan mereka bukan sahaja tidak selesa, tetapi juga menjadi keliru dan bingung.

Fakta Mengenai Misai Kucing

1. Perkataan misai kucing dalam bahasa inggeris ialah ‘whisker‘. Asal usul perkataan ini membawa semula semasa tahun 1600 iaitu dari perkataan ‘wisker’ yang bermaksud sesuatu yang menyapu atau dipukul. Jadi, misai kucing anda seperti penyapu yang kecil.

2. Juga dipanggil ‘vibrissae‘ atau bulu tactile. Misai kucing merupakan dua ke tiga kali ganda tebal dari bulu kucing yang biasa. Bukan hanya terdapat di muncung kucing, bulu seperti misai kucing juga terdapat di rahang, kening dan di belakang kaki hadapan kucing juga.

3. Kebanyakan kucing mempunyai 12 helai bulu misai di setiap bahagian muncung kucing. Walaupun ada juga kucing yang mempunyai lebih pada itu. Bulu misai merupakan bulu yang terpanjang di wajah kucing.

4. Tidak seperti bulu roma manusia, bulu misai kucing tertanam dalam dan berhubung dengan sistem saraf dan dilengkapi dengan organ sensori yang dipanggil proprioceptor yang membantu kucing menentukan jarak objek, arah dan juga tekstur sesuatu permukaan.

5. Jika kucing terpaksa makan dan minum menggunakan bekas yang sempit, tekanan yang dihasilkan oleh bahagian yang sensitif boleh menyebabkan apa yang dipanggil ‘tekanan misai kucing’. Ada ya keadaan ini. Jika kucing anda mengkaup makanan dengan tangan atau menolak bekas makanan supaya makanan jatuh ke lantai sila tukar bekas makanan yang lebih luas permukaannya.

6. Misai kucing berfungsi untuk mengukur sesuatu keluasan yang muat untuk dilalui oleh kucing. Secara amnya, semakin gemuk kucing, semakin panjang misainya.

7. Bulu misai yang berada di belakang kaki hadapan kucing membantu kucing untuk memanjat dan yang paling penting ia membantu untuk memastikan di mana terletaknya kawasan yang penting untuk gigitan maut.

8. Misai kucing juga disambung dengan otot yang bermaksud kucing boleh menggerakkan misainya.

9. Pergerakan misai kucing juga boleh menyatakan mood kucing tersebut. Jika misai ke belakang ia membawa maksud kucing tersebut takut mahupun marah. Misai yang rileks tanpa sebarang pergerakan pula menunjukkan kucing tersebut sedang selesa dan gembira manakala misai yang tegak ke depan selalunya bermaksud kucing tersebut sedang agresif dan dalam mode memburu.

10. Seekor kucing baka Maine Coon tinggal di Finland yang bernama Fullmoon’s Miss American Pie AKA Missi memegang rekod misai terpanjang di dunia pada tahun 2005. Panjang misai Missi adalah sepanjang 7.5 inci.

11. Kucing yang dipotong misainya mengalami kesukaran untuk mencari jalan pulang. Sebab itulah ada kucing yang dibuang dipotong misainya. Kucing yang dipotong misai sama seperti manusia yang kehilangan deria sentuhan.

12. Misai kucing juga boleh gugur tapi jangan risau ia akan tumbuh kembali.

13. Misai kucing sangat sentisitf. Kawasan sekeliling misai kucing mengandungi saraf dan juga darah. Sebab itu jangan sesekali memotong misai kucing. Perubahan angin yang sedikit pun boleh dikesan oleh misai kucing.


SUMBER: The MamamiaowTreehugger

0 Response to "Jangan Potong Misai Kucing! Ini Fakta Mengenai Misai Kucing Yang Perlu Korang Tahu"

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel