10 Tanda Lelaki Sayang Tapi Tak Tunjuk

Tanda Lelaki Sayang Tapi Tak Tunjuk

Bukan rahsia lagi bahawa lelaki dan wanita mempunyai cara yang berbeza untuk meluahkan perasaan. Cara seorang perempuan ialah mengharapkan masa pengakuan cinta dari orang yang dia nak, manakala seorang lelaki dengan lembut memikat orang yang dia sayang. Itulah sebabnya mengapa perempuan mudah terjerat dengan lelaki.

Namun, ada juga lelaki yang pemalu dan tidak berani untuk meluahkan perasaan cintanya. Namun, untuk mengetahui bahawa lelaki itu sebenarnya sayang kepada awak walaupun lelaki itu tidak luahkan tetapi anda boleh mengetahuinya melalui beberapa petanda ini.

Senarai Kandungan [Show]

1. Cara Dia Bersembang Banyak Buat Tersenyum dan Ketawa, Walaupun Kadang Rasa Annoying

Tanda Lelaki Sayang Tapi Tak Tunjuk

Kalau dia selalu beri perhatian dan berusaha untuk buat anda tersenyum, ketawa atau terasa annoying, sebenarnya dia yang mahu anda beri perhatian kepada dia. Walaupun kadang pasti ada rasa annoying dengan perbuatan dia, sebenarnya dia tengah seronok dengan momen itu.

Baca juga: 10 Ciri-Ciri Lelaki Idaman Ramai Wanita

2. Hal Yang Kecil Pun Dia Sanggup Tolong Untuk Anda

Tanda Lelaki Sayang Tapi Tak Tunjuk

Lelaki ini suka jadi hero untuk gadis idamannya. Yang penting dia boleh selalu contribute something untuk si pujaan hati walau untuk perkara kecil sekalipun.

Niat dia untuk bantu dengan hal yang lebih besar tapi perkara seperti itu sulit sekali jika masih belum rapat dengan anda. Jadi situasi yang lebih mudah untuk dia bantu hanya dengan perkara yang lebih kecil. Seperti pinjamkan cable untuk cas telefon, bagi tisu, pinjamkan pensel untuk diguna sementara, belikan barang di kedai. Macam-macam lagi contoh benda kecil tapi sebenarnya bermakna bagi lelaki.

3. Dia Meminta Pendapat Anda Ketika Memilih Pakaian

Tanda Lelaki Sayang Tapi Tak Tunjuk

Lelaki juga mahu kelihatan berhaya. Dia mungkin hanya berfikir bahawa anda mempunyai selera yang baik dan anda pandai dengan fesyen. Tetapi jika seorang lelaki bertanya kepada anda jika anda menyukai penampilan pakaian ini atau pakain itu, dia pasti mahu anda kagum dengannya.

4. Mudah Rapat Dengan Kawan-kawan Anda

Tanda Lelaki Sayang Tapi Tak Tunjuk

Jangan terkejut kalau nanti bawa jumpa dia kenal dengan kawan-kawan lain tiba-tiba sahaja dia nampak macam rapat padahal baru pertama kali jumpa. Dengan cara ini dia akan lebih rasa rapat dan mengenal anda dengan lebih jauh.

5. Dia Buat Panggilan Unik Terhadap Anda

Tanda Lelaki Sayang Tapi Tak Tunjuk

Lelaki ini memang suka bergurau. Selain cerita-ceritanya yang kelakar kadang ada yang rasa annoying, dia juga akan berikan panggilan unik untuk anda mengikut situasi. Bukan satu sahaja, tapi akan ada banyak panggilan unik yang akan diberikan. Tapi panggilan itu jika dia betul-betul sudah rasa selesa dengan anda.

6. Tidak Segan Hantar Balik Rumah Atau Sekadar Teman Menunggu Public Transport

Tanda Lelaki Sayang Tapi Tak Tunjuk

Bagi lelaki, teruk perbuatan tak tolong hantar balik rumah selepas seharian luangkan masa. Paling tidakpun dia akan teman anda jika anda menaiki pengangkutan awam.

Dia juga akan minta anda untuk maklumkan kepadanya jika sudah sampai ke rumah dengan selamat. Itu salah satu caranya untuk tunjuk tanggungjawab kepada gadis pilihannya.

7. Dia Tidak Takut Berkomunikasi Dengan Keluarga Anda

Tanda Lelaki Sayang Tapi Tak Tunjuk

Seorang lelaki yang sayang anda pasti tidak takut dan sudah pasti dia bersedia untuk apa sahaja untuk mendekati dengan anda, tidak kira sama ada pertemuan dengan ayah anda yang merupakan bekas tentera, atau dengan nenek anda yang sangat tegas.

Dia berusaha untuk memikat semua orang dan bersedia untuk terus berkomunikasi pada bila-bila masa kerana dia mencintai anda, menghormati keluarga anda, dan menyedari bahawa mereka juga boleh menjadi saudara-mara.

8. Meluangkan Masa Dengan Anda

Tanda Lelaki Sayang Tapi Tak Tunjuk

Biasanya, kalau seseorang lelaki itu meminati anda, si dia akan cuba sebaik mungkin untuk mencari masa untuk bersama anda. Tidak kira la situasi apa sekalipun, dia mesti akan ada masa untuk anda. Paling busukpun, waktu lunch, dia mesti akan mesej anda . Kalau 3 hari berturut-turut dia tidak mesej, makanya anda sangat membosankan.

9. Selalu Layan Kita Secara Kasar/Menyakat

Tanda Lelaki Sayang Tapi Tak Tunjuk

Lelaki yang suka anda, selalunya akan layan anda dengan kasar seperti dia membenci anda kerana dengan cara itu sahaja si diaboleh dekat dengan anda. Kadang-kadang si dia suka timbulkan masalah walaupun tanpa sebarang punca hanya untuk melihat anda marah atau anti dengan si dia. Tapi, kalau ada lelaki atau perempuan lain yang buli anda, dia adalah orang pertama yang akan protect anda.

10. Cemburu

Tanda Lelaki Sayang Tapi Tak Tunjuk

Jika anda berborak atau bergurau senda dengan kawan lelaki anda ataupun kawannya, Si dia akan cuba sedaya upaya jauhkan anda dari mereka kerana cemburu melihat andabermesra dengan lelaki lain.  Andai kata anda terserempak dengan kawan lelakianda semasa keluar bersama si dia, pasti dia akan cuba mengajak anda ke tempat lain atau melekakan anda dengan membelikan barang yang anda minati supaya anda kurang fokus untuk beramah mesra dengan kawan anda.

Kesimpulannya apa yang dikongsikan di atas ini hanyalah gambaran asas sama ada si dia suka anda ataupun tidak kerana setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk meluahkan perasaanya  terhadap anda. Tidak semstinya sama seperti yang diatas. Jika sama, maka terpulanglah pada anda untuk membuat keputusan.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel