13 Khasiat Bunga Cengkih Untuk Kesihatan

khasiat bunga cengkih

Bunga cengkih berukuran kecil, tetapi mempunyai banyak kelebihan dan khasiat yang luar biasa. Anda mungkin terkejut mengetahui bahawa cengkih juga berfungsi dalam banyak penyakit seperti batuk, diabetes, dan asma.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda tentang khasiat bunga cengkih untuk kesihatan.

Khasiat Bunga Cengkih

1. Mengawal Rasa Mual Dan Pening

Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit dengan kemenyan putih.

2. Mengawal Muntah

Pengambilan serbuk cengkih goring dengan madu dapat secara berkesan mengawal muntah. Tindakan lalian (anesthesia). Cengkih membantu menangani nyilu perut dan juga menghentikan muntah-muntah.

Baca juga: 8 Khasiat Daun Sup Untuk Kesihatan

3. Dapat Menghilangkan Radang Hati

Minumlahlah susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah di panaskan setiap pagi dan petang.

4. Menghindari Masalah Gagap

Makan 21 biji cengkih setiap hari. Rebus 100 gm jintan manis dengan 2 cawan air selama 15 minit. Minum air rebusan tersebut setiap pagi sebelum sarapan.

5. Membantu Menangani Masalah Haid

Merendam 7 biji bunga cengkih kedalam segelas air panas. Setelah suam minum air itu. Insyaallah dapat mengatasi masalah kesakitan masa kedatangan haid akan hilang.

6. Menghilangkan Kesan Kulit Hitam Di Muka

Tumbuk sehingga halus bahan ini pucuk jambu batu, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Campurkan sedikit minyak zaitun dan sapulah pada kulit muka sebanyak 2 kali sehari. Jauhi daripada makanan yang berminyak.

Baca juga: Khasiat Buah Betik Untuk Kesihatan

7. Meningkatkan Degupan Jantung Yang Lemah

Dikunyah bunga cengkih yang sudah kering, dihisap airnya, dilakukan setiap hari. Minyak cengkih dapat memperkuatkan lender usus dan perut serta menambah jumlah darah putih.

8. Menghitamkan Alis Mata

Ambil 5 -7 biji bunga cengkih dibakar hangus, kemudian ditumbuk sampai halus dan ditambah dengan minyak kemiri (buah keras) secukupnya. Dioleskan pada alis mata setiap pagi.

9. Untuk Melegakan Stress

Khasiat bunga cengkih yang seterusnya ialah melegakan stress. Caranta ialah, didihkan air dengan daun pudina, daun kemangi dan cengkih. Gunakan air rebusan ini sebagai minuman teh hitam dengan menambah sedikit madu.

Baca juga: 7 Cara Untuk Mengatasi Stress Yang Terbaik

10. Menghilangkan Selsema

Rebuskan Jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan yang sama banyak (Satu Sudu Besar) kedalam 1 liter air. Minum air rebusan tersebut ketika air masih suam.

11. Membantu Menghilangkan Bau Mulut dan Sakit Gigi

Bunga cengkih bagus untuk sakit gigi. Ramai yang masukkan bunga cengkih pada gigi yang berlubang untuk redakan sakit. Petuu lain untuk sakit gigi dengan menggiling halus bunga cengkih, balutkan dengan kapas dan sumbatkan ke dalam gigi yang lubang atau titiskan minyak bunga cengkih sahaja ke dalam lubang gigi tersebut.

Dengan haruman bunga cengkih yang semula jadi ini, ianya juga mampu membantu mehilangkan bau pada mulut. Terdapat 2 cara untuk menghilangkan bau mulut iaitu : 

1) Ambil bunga cengkih yang masih segar atau yang sudah kering, kunyah sehingga lumat. Manfaat mengunyah cengkeh ini sangat elok untuk bau mulut. 

2) Cara yang kedua, tumbuk 10 biji bunga cengkih sehingga lumat beserta 3 ulas bawang putih kemudian gosokan ke gigi dan berkumur-kumur sehingga bersih lakukannya 3 hari sekali. 


12. Mengubati Campak

Caranya:10 Biji bunga cengkeh direndam dalam air masak semalaman. Kemudian ditambah dengan gula batu dan dikacau sampai rata. Lalu diminum sedikit demi sedikit secara teratur.

13. Merangsang Peredaran Darah

Terdapat kajian terhadap kesan minyak bunga cengkih terhadap metabolisma tubuh dan mengurangkan suhu tubuh dan mempertingkatkan peredaran. Antioksidan yang terdapat dalam bunga cengkih juga dikatakan mampu membantu dalam membersihkan darah.


Diharap perkongsian mengenai khasiat bunga cengkih ini bermanfaat untuk anda semua. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel