8 Cara Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat

Cara Hilangkan Sakit Gigi

Sakit gigi adalah salah satu masalah yang paling menyeksakan. Orang kata lebih baik sakit hati daripada sakit gigi. Sebabnya, sakit gigi bukan sahaja menyukarkan kita untuk makan, malah boleh menjejaskan mood dan juga kesihatan secara keseluruhan.

Sebenarnya ada beberapa petua tradisional dan bahan-bahan yang ada dirumah yang boleh digunakan untuk hilangkan sakit gigi berlubang yang kita boleh cuba.

Cara Hilangkan Sakit Gigi

Berikut ialah petua dan cara untuk hilangkan sakit gigi.

1. Kumur Air Garam

Berkumur dengan larutan air garam adalah salah satu cara yang paling popular dan paling biasa diamalkan untuk melegakan sakit gigi dan untuk cara memutihkan gigi.

Air garam ialah pembasmi kuman semulajadi dan boleh membantu melonggarkan zarah makanan dan serpihan yang mungkin tersekat di celah-celah gigi.

Untuk melakukan ini, campurkan 1/2 sudu kecil garam dalam segelas air suam dan gunakannya sebagai ubat kumur.

2. Menggunakan Bawang Putih

Bawang putih juga boleh digunakan untuk melegakan sakit gigi.  Allicin, sebatian utama dalam bawang putih, mempunyai kesan antibakteria yang kuat yang boleh membantu membunuh bakteria dalam mulut yang menyebabkan sakit gigi.

Kunyah seulas bawang putih dan letakkan berdekatan dengan gigi bermasalah boleh membantu melegakan kesakitan.

3. Menggunakan Cengkih

Cengkih juga boleh digunakan sebagai cara untuk melegakan sakit gigi. Cengkih telah lama digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat sakit gigi. Ini kerana minyak yang terkandung dalam bunga cengkih secara berkesan dapat meredakan kesakitan dan mengurangkan keradangan.

Cara menggunakan cengkih untuk menghilangkan sakit gigi ialah, uangkan sedikit minyak cengkih pada bola kapas dan sapukan pada kawasan yang sakit. Anda juga boleh menambah setitik minyak cengkih ke dalam segelas kecil air dan menggunakannya sebagai ubat kumur.

4. Menggunakan Daun Jambu Batu

Cara menghilangkan sakit gigi yang seterusnya ialah dengan menggunakan daun jambu batu. Daun jambu batu mempunyai sifat anti-radang semulajadi yang boleh membantu menyembuhkan luka.

Daun jambu batu juga mempunyai aktiviti antimikrob yang boleh membantu penjagaan mulut. Untuk menggunakan daun ini, kunyah daun jambu batu segar atau masukkan daun jambu batu yang telah dihancurkan ke dalam air mendidih untuk digunakan sebagai ubat kumur.

5. Menggunakan Kiub Ais

Sakit gigi biasanya disertai dengan pipi bengkak. Untuk melegakan keadaan ini, anda boleh tuam pipi yang bengkak dengan ketulan ais.

Pemampatan sejuk dilakukan dengan membalut beberapa ketul ais dalam tuala kecil. Kemudian letakkan tuala di kawasan pipi yang bengkak. Biarkan selama 15-20 minit. Ulangi kaedah ini sekurang-kurangnya tiga kali sehari atau sehingga bengkak di pipi anda berkurangan.

6. Menggunakan Daun Sirih

Orang dahulu mempunyai kebiasaan mengunyah daun sirih bukan tanpa sebab. Mereka tahu betapa baiknya manfaat daun sirih untuk kesihatan gigi dan mulut mereka.

Oleh itu, anda boleh mencuba ubat sakit gigi semulajadi ini yang khasiatnya telah diuji selama berabad-abad. Daun sirih boleh dikunyah terus atau direbus dan air rebusannya digunakan untuk berkumur.

7. Menggunakan Limau Nipis

Cara menggunakan limau nipis untuk hilangkan sakit gigi ialah, potong limau nipis kepada bahagian-bahagian kecil lalu diperah jusnya ke dalam bekas. Gunakan sudu kecil untuk mengambil jus tersebut, lalu titiskan sedikit demi sedikit ke atas bahagian gigi yang sakit.

Berhenti seketika dan ulang lagi setelah 10 minit berlalu sehingga habis jus. Vitamin C yang terkandung di dalam limau nipis mampu hilangkan sakit gigi yang dialami.

8. Menggunakan Bawang Merah

Selain bawang putih, bawang merah juga boleh digunakan sebagai ubat sakit gigi.

Cara menggunakan bawang merah untuk hilangkan sakit gigi ialah, ambil seulas bawang merah, kupaskan kulitnya lalu hiris. Kemudian kunyah hirisan bawang tersebut menggunakan bahagian gigi yang sakit sehingga rasa sakitnya hilang.


Itulah lapan cara mudah hilangkan sakit gigi secara semula jadi dan hanya menggunakan bahan yang ada di rumah yang anda boleh cuba. Semoga sakit gigi anda hilang. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel