10 Cara Memutihkan Gigi Kuning Secara Semulajadi
2022-07-01T19:27:04Z

Mestilah semua orang mahukan gigi yang bersih dan putih. Ini kerana, dengan adanya gigi yang putih dan bersih, ianya dapat meningkatkan keyakinan diri terutama ketika berhadapan dengan orang lain.
Untuk kamu yang ingin memiliki gigi yang putih dan bersih, terdapat cara semulajadi untuk memutihkan gigi kuning yang boleh kita cuba.
Punca Gigi Kuning
Sebelum mengetahui cara memutihkan gigi kuning, mari kita ambil tahu apakah penyebab gigi kuning. Berikut adalah beberapa punca gigi kuning:
- Tabiat minum teh dan kopi
- Malas nak gosok gigi terutama waktu pagi dan petang
- Makan terlalu banyak gula-gula
- Mengambil alkohol
- Merokok
- Suka minuman berkarbonat atau minuman bersuplemen
Cara Memutihkan Gigi
Untu kamu yang ingin memiliki gigi yang putih dan bersih, jom kita ketahui bagaimana cara yang boleh kita lakukan agar gigi kita bertambah putih dan bersih.
1. Berkumur Dengan Garam
Untuk menggunakan garam bagi memutihkan gigi kuning, anda boleh menggunakan larutan garam untuk berkumur setiap hari. Kandungan antibakteria dalam garam akan membunuh kuman penyebab gigi berlubang.
2. Minum Susu
Selain baik untuk kesihatan kerana kaya dengan kalsium, susu juga merupakan salah satu bahan semulajadi yang boleh anda gunakan untuk memutihkan gigi. Ini disebabkan oleh kandungan fosforus dan magnesium yang selain dapat menghilangkan warna kuning juga boleh digunakan untuk menguatkan gigi dari dalam.
3. Berkumur Dengan Air Rebusan Daun Sirih
Pada zaman dahulu, orang menggunakan daun sirih sebagai bahan untuk membersihkan gigi secara semulajadi. Daun sirih mengandungi bahan yang boleh dipercayai untuk membasmi kuman penyebab kerosakan gigi dan memutihkan gigi secara semulajadi.
Untuk menggunakannya, anda boleh menyediakan 1-2 helai daun segar dan gosokkan pada gigi secara rata. Selain itu, berkumur dengan air rebusan daun sirih juga dapat memberikan manfaat yang sama untuk gigi.
4. Berkumur Dengan Air Lemon
Lemon juga merupakan antibakteria yang sangat baik untuk membasmi bakteria yang menyebabkan kekuningan gigi.
Begini cara memutihkan gigi dengan lemon:
- Perah 1 biji lemon.
- Campurkan jus dengan segelas air suam.
- Gunakan untuk berkumur (lakukan 3 kali sehari untuk hasil yang berkesan)
- Selain itu, anda juga boleh campurkan 1 sudu besar jus lemon dengan secubit garam.
5. Berkumur Dengan Jus Halia
Halia juga dikatakan mempunyai sifat antibakteria yang berguna untuk menghilangkan kesan kuning pada gigi.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti:
- Parut 1 keping halia.
- Perah air dari parutan.
- Gunakan untuk berkumur.
- Selain digunakan dengan cara berkumur, anda juga boleh menggunakan parutan dengan menyapu terus ke gigi.
6. Berus Gigi Dengan Kulit Pisang
Kulit pisang juga boleh digunakan untuk hilangkan warna kuning gigi. Cara memutihkan gigi dengan kulit pisang ialah dengan dengan menggosok pada gigi secara rata.
Baca juga: 7 Manfaat Kulit Pisang Yang Harus Anda Tahu
7. Berus Gigi Dengan Arang
Arang kayu yang mempunyai kandungan alkali mampu menghakis dan membersihkan kotoran kuning yang melekat pada gigi. Anda boleh menggunakannya secara kecil-kecilan kerana jika terlalu kerap ia boleh menghakis lapisan enamel gigi. Caranya, ambil sekeping arang kayu kemudian haluskan dan masukkan perahan air lemon. Lepas tu boleh gosok gigi.
8. Menggunakan Baking Soda
Soda penaik mempunyai keupayaan untuk menghilangkan kotoran yang menyebabkan gigi kuning. Cara memutihkan gigi dengan baking soda ialah hanya dengan sapu ke dalam gigi. Kemudian biarkan kira-kira 3-5 minit selepas itu anda boleh membersihkan mulut anda.
9. Menggunakan Cuka Epal
Cuka epal yang sering digunakan sebagai penambah rasa juga mempunyai khasiat yang boleh membuatkan gigi kelihatan lebih putih dan bersih. Caranya, ambil 1 sudu besar cuka epal kemudian sapu rata pada gigi dan kotoran pada gigi akan hilang.
10. Makan Epal
Selain sangat baik untuk penghadaman, epal juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi secara semulajadi. Anda boleh melakukan ini dengan memakannya setiap hari. Selain itu, anda juga boleh terus menggosok epal pada gigi untuk menghilangkan kesan kuning.
Lihat juga: Punca Gusi Bengkak dan Cara Untuk Mengatasinya
Itulah petua dan cara-cara untuk memutihkan gigi kuning secara semulajadi menggunakan bahan-bahan yang ada dirumah atau mudah didapati. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua. Sekian.