7 Cara Untuk Masuk FYP TikTok 2021

TikTok ialah media sosial yang membolehkan pengguna mencipta dan berkongsi video pendek. Aplikasi ini telah dimuat turun sebanyak 2 bilion sejak dilancarkan pada tahun 2012.

Pada masa ini, terdapat banyak topik yang viral di media sosial berpunca daripada TikTok. Ini sekaligus membuktikan bahawa TikTok adalah antara media sosial yang paling berpengaruh di dunia.

Salah satu cara untuk dapatkan ramai followers dan viewers di TikTok ialah apabila video pendek yang kita upload masuk FYP dan trending.

Apa itu FYP?

FYP bermaksud 'For You Page', iaitu halaman recommendation pada aplikasi TikTok yang akan muncul setiap kita buka aplikasi TikTok.

Di halaman utama FYP terdapat banyak video yang disyorkan untuk ditonton. Melalui halaman ini, pengguna boleh menjadi viral di TikTok. Itulah sebabnya ramai pengguna ingin memasuki FYP di TikTok.

Senarai Kandungan [Show]

7 Cara Untuk Masuk FYP TikTok

Cara Masuk FYP TikTok

Berikut merupakan 7 cara yang anda boleh cuba supaya video anda masuk FYP TikTok.

1. Upload Video Yang Berkualiti

Tips pertama untuk supaya video Tiktok masuk FYP ialah membuat video yang berkualiti. Apa yang dimaksudkan dengan kualiti di sini bukan sahaja mengenai resolusi yang baik, tetapi juga termasuk keaslian kandungan.

Membuat video atau kandungan yang original atau tulen sememangnya boleh menjadi nilai tambah supaya video memasuki FYP berbanding video lain.

2. Video Yang Singkat dan Jelas

Ramai orang masih berfikir bahawa semakin panjang video, semakin ramai orang tengok. Tetapi pada hakikatnya bukan begitu. Selalunya video yang panjang tinggi peratus untuk diskip oleh pengguna.

Oleh itu anda harus membuat video pendek tetapi berisi untuk masuk FYP.

3. Menggunakan Hashtag

Jangan lupa untuk memasukkan hashtag yang popular pada masa ini di Tiktok.

Terdapat khabar angin yang tersebar bahawa kita perlu menambah hashtags #foryourpage atau #foryou untuk memasukkan video Tiktok ke FYP. Walaupun itu belum terbukti keberkesanannya, namun penggunaan hashtag yang sedang trending pasti boleh buat video kita masuk FYP.

4. Guna Muzik Yang Sedang Viral

Menggunakan muzik yang sedang viral juga meningkatkan peluang untuk masuk ke FYP.

5. Mengikuti Challenge Terbaru

TikTok merupakan salah satu media sosial yang mempunyai pelbagai challenge. Untuk membolehkan video TikTok memasuki FYP, anda harus meningkatkan kewujudan akaun anda dengan menyertai setiap challenge.

6. Penggunaan Caption

Kapsyen ialah salah satu faktor yang mempengaruhi jenis kandungan yang akan disyorkan kepada FYP.

Gunakan kapsyen yang unik dan relevan dengan topik dan video yang anda buat, itu akan meningkatkan peluang video tersebut memasuki FYP.

7. Upload Video Ketika Ramai Orang Online

Semasa mengupload konten video TikTok, pastikan untuk memilih jam-jam yang paling ramai orang online atau aktif.

Selalunya masa ramai orang buka TikTok, atau biasa disebut TikTok prime time adalah pada waktu tengah hari pukul 12.00PM - 1.00PM, waktu petang pada pukul 4.00PM - 5.00PM , dan waktu malam pada pukul 7.00PM - 11.00PM.


Itulah beberapa cara untuk masuk FYP di TikTok yang anda boleh cuba.

Baca juga:

0 Response to "7 Cara Untuk Masuk FYP TikTok 2021"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel