Resepi Aiskrim Hipster Coki-Coki

Berikut saya kongsikan kepada anda, resepi ais krim hipster coki-coki yang paling mudah dan anda boleh cuba buat sendiri.

Resepi Aiskrim Coki-Coki

Bahan-Bahan Untuk Menyediakan Aiskrim Hipster Coki-Coki

1

1 tin susu cair

2

1 tin susu manis

3

4 tin air

4

2 sudu makan tepung jagung (Bancuh dengan sedikit air di dalam bekas lain supaya tepung tak berketul)

5

Secubit garam

6

3 paket choki choki

 

Cara-Cara Untuk Menyediakan Aiskrim Hipster Coki-Coki

1

Campurkan susu cair, susu manis, garam dan air dalam periuk.

2

Masak dan kacau sehingga sedikit panas.

3

Masukkan tepung jagung dan kacau sehingga mendidih.

4

Tutup api dan biarkan susu tadi sehingga sejuk.

5

Masukkan separuh choki choki ke dalam plastik aiskrim, dan picitkan choki choki.

6

Tuangkan susu separuh plastik dan ikat.

7

Buat sampai habis dan apabila siap, simpan dalam peti ais.

Anggaran aiskim 25-27 bungkus.


1 Response

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel