Resepi Ais Krim Gula Apong Homemade

Resepi Ais Krim Gula Apong Homemade - Berikut saya kongsikan kepada anda, resepi ais krim apong homemade yang paling mudah dan anda boleh cuba buat sendiri.

Resepi Ais Krim Gula Apong

Bahan-Bahan Untuk Menyediakan Ais Krim Gula Apong Homemade

1

500gm whipp cream (dairy)

2

70gm gula apong @ gula melaka

3

1 helai daun pandan atau vanilla

4

3 biji kuning telur

Cara-Cara Menyediakan Ais Krim Gula Apong Homemade

1

Pukul kuning telur sampai pekat.

2

Di dalam bekas lain, panaskan whipp cream, daun pandan / vanilla dan gula apong. Tidak perlu sampai mendidih.

3

Lepas itu, masukkan ke dalam adunan kuning telur dan pukul sehingga sebati.

4

Masukkan dalam bekas dan biarkan sejuk sebelum di simpan dalam peti ais.

5

Untuk mendapatkan teksture gebu aiskrim, selepas 4 jam dlm peti ais, pukul aiskrim dgn hand mixer atau blender sehingga kembang dan gebu.

6

Selepas itu, beku kan semula semalaman.

7

Ais krim siap dinikmati

Untuk mendapatkan rasa gula apong yang berlemak dan berkrim. Anda boleh mengunakan 400gm whipp cream dan 100gm santan kotak.

 

Untuk menambah keenakannya anda boleh meletakkan topping gula apong, cokelat rice dan beberapa jenis cereal / bijirin mengikut citarasa.

Sumber: Facebook - Himpunan Resepi Meletop

1 Response

  1. Memang sedap aiskrim gula apong. Selalu makan aje. Tak pernah buat sendiri

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel