11 Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

11 khasiat buah delima yang merupakan salah satu buah yang kaya dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan tubuh badan.

khasiat buah delima

Tidak hairanlah ramai yang menggemari buah delima, kerana banyak khasiat yang akan diterima jika kita kerap mengambil buah yang popular dengan warna merah ini.

Selain untuk kesihatan, buah delima juga turut dijadikan untuk menambah baik dan mengekalkan kecantikan.

Senarai Kandungan [Show]

Khasiat Buah Delima

Jom kita lihat beberapa khasiat buah delima untuk kesihatan.

1. Sebagai Bahan Anti-Radang

Delima mempunyai sifat anti-radang yang dapat mencegah penyakit yang disebabkan oleh keradangan kronik seperti arthritis, sakit jantung, kanser, diabetes jenis 2, hingga Alzheimer.

2. Menghalang Perkembangan Radikal Bebas

Disebabkan buah delima kaya dengan antioksidan, buah delima sangat baik untuk mencegah perkembangan radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser.

3. Mengurangkan Paras Kolesterol Jahat

Bukan sahaja menghalang radikal bebas, antioksidan dalam buah delima juga boleh menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).


4. Baik Untuk Sistem Penghadaman

Sebiji buah delima mampu memenuhi 45% keperluan serat harian, jadi makan buah delima sangat bagus untuk melancarkan sistem penghadaman.

5. Meningkatkan Daya Tahan

Bukan sahaja kaya dengan antioksidan dan serat, buah delima juga kaya dengan vitamin terutama vitamin C. Ini menjadikan khasiat buah delima sangat baik untuk mengekalkan daya tahan harian.

6. Anti Nyanyuk

Salah satu cara untuk mengasah fungsi otak dan mengelakkan nyanyuk adalah dengan kerap memakan buah delima. Dengan cara itu, kesihatan otak akan terjaga walaupun sudah memasuki usia tua.

7. Mengekalkan Kulit Licin Dan Anjal

Delima mengandungi sebatian yang boleh mengurangkan tahap enzim yang menghalang kolagen dan juga membantu pertumbuhan fibroplast, sel yang menghasilkan elastin dan serat untuk memastikan kulit licin dan anjal.

Selain itu, buah delima juga mampu merangsang pembiakan keratinosit, sel yang membentuk lapisan paling luar kulit.

8. Mengurangkan Pengeluaran Minyak Dan Jerawat

Kandungan vitamin C dalam buah delima dapat mengawal pengeluaran sebum iaitu bahan berminyak yang dirembeskan oleh kulit dan menjadi punca kepada jerawat.

Anda boleh menghalang jerawat sambil menghilangkan parut dengan menyapu jus delima ke kawasan di mana jerawat berlaku.


9. Mempercepatkan Penyembuhan Luka

Pengambilan buah delima secara berkala dapat membantu meningkatkan proses pertumbuhan semula kulit, sekali gus mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengatasi masalah penuaan pramatang.

10. Melindungi Kulit daripada Sinaran Ultraviolet (UV)

Bukan sahaja kaya dengan vitamin C, buah delima juga mengandungi vitamin E dan bahan lain yang boleh melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV.

11. Mencegah Rambut Gugur

Bukan sahaja untuk kecantikan kulit, pengambilan jus delima secara berkala juga mempunyai sifat menguatkan folikel rambut. Supaya rambut tidak mudah gugur dan nampak lebih sihat.


Diharap dengan perkongsian mengenai khasiat buah delima untuk kesihatan dan kesihatan ini bermanfaat untuk anda. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel