Cara Semak Pemilik Kenderaan Online Melalui No Plat

Cara semak pemilik kenderan 2022 menggunakan no plat atau nombor pendaftaran kenderaan secara online melalui laman web MYEG dan MyCarInfo.

cara semak pemilik kenderaan

Pada masa kini, kita boleh membuat semakan mengenai siapa pemilik kenderaan dengan hanya menggunakan nombor pendaftaran kenderaan tersebut.

Semakan pemilik kenderaan ini boleh dilakukan secara online iaitu dengan laman web MYEG dan MyCarInfo.

Senarai Kandungan [Show]

Semakan Pemilik Kenderaan Online

Berikut saya kongsikan kepada anda, cara untuk check owner kenderaan secara online.

1. Cara Semak Pemilik Kenderaan Online Menggunakan MYEG

Anda hanya perlukan nombor pendaftaran kenderaan yang ingin disemak dan anda boleh buat semakan melalui laman web MYEG.

Langkah untuk menggunakan laman web MYEG untuk membuat semakan pemilik kenderaan ialah:
  1. Layari laman web MYEG - https://www.myeg.com.my/
  2. Sila log masuk akaun MYEG. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun MYEG, anda harus daftar terlebih dahulu
  3. Setelah anda berjaya log masuk, klik pada menu PDRM > Summons Service > Enquiry/Semak Pemilik Kenderaan Secara Online
  4. Selanjutnya isikan pada ruangan diperlukan
  5. Vehicle Plate Type - pilih sama ada kenderaan Malaysia/Non Malaysia
  6. Vehicle No - Masukkan nombor plat kendaraan yang ingin disemak
  7. Kemudian masukkan kod sekuriti yang terpapar dan klik pada Check Summons
  8. Maklumat kenderaan yang disemak akan terpapar.


2. Cara Semak Nama Pemilik Kenderaan Online Menggunakan MyCarinfo

Untuk membuat semakan pemilik kenderaan menggunakan laman web MyCarInfo, ada juga perlukan nombor pendaftaran kenderaan yang ingin disemak.

Langkah untuk menggunakan laman web MyCarInfo untuk membuat semakan pemilik kenderaan ialah:
  1. Buka halaman MyCarInfo - https://www.mycarinfo.com.my/
  2. Log masuk akaun MyCarInfo. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun MyCarInfo lagi, anda perlu daftar terlebih dahulu.
  3. Setelah berjaya log masuk, Klik pada Services > i-Search
  4. Beberapa jenis pelan yang perlu dipilih akan terpapar dan Klik pada pelan Comprehensive
  5. Seterusnya anda akan dibawa ke pelan pembayaran dan klik pada Select 1 Credit (RM6)
  6. Seterusnya pilih kaedah pembayaran dan buat pembayaran
  7. Kemudian anda dikehendaki untuk lengkapkan butiran seperti Nombor Pendaftaran Kenderaan yang mahu disemak, Email dan Confirm Email
  8. Seterusnya tick pada Terms & Conditions dan klik Enquire
  9. Maklumat lengkap kenderaan dengan no pendaftaran yang anda semak akan dihantar terus ke email anda.


Diharap dengan cara semak pemilik kenderaan online melalui no plat ini dapat membantu anda untuk mendapatkan maklumat mengenai kenderaan yang ingin disemak. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel