Idea Nama Kucing Jantan Comel Yang Sesuai

nama kucing jantan

Sedang mencari idea nama kucing jantan? Jangan risau disini saya akan kongsikan kepada anda senarai nama sesuai untuk kucing jantan.

Kucing merupakan salah satu haiwan yang sering dijadikan haiwan peliharaan oleh kebanyakan orang. Satu cara untuk melatih kucing adalah dengan memberi mereka nama yang berfungsi sebagai nama panggilan dan identiti.

Tetapi kadangkala, sesetengah pemilik masih keliru dalam memilih nama kucing mereka. Jadi dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda senarai nama kucing jantan.


Nama Kucing Jantan

NAMA KUCING

MAKSUD

Simba

Simba adalah nama singa yang menjadi watak utama dalam filem Disney "The Lion King". Simba sendiri berasal daripada bahasa Swahili yang bermaksud singa. Perkataan ini bermaksud raja, dilahirkan sebagai pemimpin, kuat, dan agresif. Dalam filem itu, Simba mempunyai watak yang berani, gagah, dan menjadi hero untuk keluarganya.

 

Nama Simba juga mempunyai kesan yang menakutkan sehingga kucing kamu kelihatan lebih menakutkan.

Snowy

Jika kucing kamu berwarna putih, kamu boleh namakannya Snowy. Snow berasal daripada bahasa Inggeris yang bermaksud salji. Bulu kucing berwarna putih mengingatkan kepada warna putih salji jadi ia sesuai untuk kamu yang mempunyai kucing putih.

Leo

Salah satu nama kucing yang paling popular ialah Leo. Simbol zodiak Leo ialah singa, yang masih merupakan sebahagian daripada keluarga kucing. Ciri biasa yang ada pada tanda zodiak Leo ialah mereka suka menjadi pusat perhatian.

 

Ini sama dengan kucing, mereka suka mengganggu dan meminta makanan kepada pemiliknya kerana mahukan perhatian.

Brownie

Kamu boleh bagi nama kucing yang memiliki bulu warna coklat dengan nama nama Brownie. Brownie diinspirasikan dari nama dessert iaitu brownies yang mempunyai rasa manis.

 

Jadi kamu boleh bagi nama kucing jantan yang manis dan comel dengan nama Brownie.

Sasuke

Bagi kamu yang merupakan peminat anime, mestilah kenal Sasuke. Sasuke ialah watak dari siri komik "Naruto".

Pluffy

Fluffy mempunyai maksud yang halus, sama seperti tekstur bulu kucing yang tebal.

 

Jika kucing kamu mempunyai bulu yang tebal, maka nama Pluffy sangat sesuai untuk kucing itu.

Garfield

Nama Garfield berasal dari siri komik Amerika. Garfield adalah seekor kucing yang malas dan suka makan sehingga berbadan besar.

 

Jika kucing kamu berwarna oren, suka makan dan berbadan besar, maka Garfield adalah nama yang sesuai untuk kucing itu.

Cookies

Cookies mempunyai rasa yang rangup dan manis. Ini boleh menjadi inspirasi untuk memilih nama untuk kucing manis dan comel kamu.

Jeju

Pulau Jeju merupakan salah satu destinasi pelancongan paling popular di Korea Selatan. Pulau ini mempunyai iklim subtropika tidak seperti bahagian lain di Korea Selatan sehingga banyak kawasan pulau itu dilitupi dengan pokok dan bunga yang cantik.

 

Nama kucing ini sesuai untuk kamu yang minat dengan Korea, nama Jeju juga mempunyai elemen comel yang sesuai dengan kucing comel kamu.

Tomo

Berasal daripada bahasa Jepun, Tomo bermaksud baik, menyeronokkan, dan kawan.

Azure

Nama Azure berasal dari perkataan Sepanyol yang bermaksud langit biru. Bagi kamu yang mempunyai kucing bermata biru, Azure adalah nama yang sesuai.

Shadow

Shadow ialah nama kucing yang selalunya diberikan kepada kucing hitam.

Smokey

Kucing yang bernama Smokey selalunya berwarna kelabu dan kucing yang sangat cantik.

Oreo

Oreo ialah nama kucing biasa untuk kucing hitam dan putih.

Rusty

Rusty ialah nama kucing yang bagus dan biasanya digunakan untuk kucing merah atau merah kecoklatan.

Charlie

Charlie bermaksud orang bebas atau "Free Man" dalam bahasa Inggeris.

Max

Max adalah singkatan daripada perkataan "Maximus" yang dalam bahasa Latin bermaksud perkara yang paling hebat. Max sesuai dijadikan pilihan nama kucing jantan terutama untuk kucing yang berbadan besar.

Asad

Asad dalam bahasa Arab bermaksud singa.

Zia

Zia bermaksud cahaya terang dalam bahasa Arab.

Hiroyuki

Hiroyuki dalam bahasa Jepun membawa maksud tuah.

Hwan

Hwan secara amnya bermaksud bersinar, cemerlang dan berkilauan dalam bahasa Korea.

Itulah cadangan nama kucing jantan yang boleh kamu gunakan untuk kucing kesayangan kamu. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel