Fakta Menarik Tentang Kucing Berbulu Putih

Fakta Kucing Putih

Kucing putih dengan bulu yang lembut dan gebu serta mata berwarna yang unik adalah baka kucing idaman ramai pencinta kucing. Bukan sahaja mempunyai rupa yang cantik tetapi, kucing putih mempunyai sejarah yang unik dan dianggap sebagai kucing bertuah di seluruh dunia.

Ingin tahu apakah fakta menarik tentang kucing putih? Jom kita tengok sama-sama.

Fakta Kucing Putih

Berikut merupakan fakta menarik tentang kucing putih.
  1. Populasi kucing putih tulen hanya sekitar 5 peratus di seluruh dunia.
  2. Gen utama yang menyebabkan bulu putih adalah gen masking yang dominan. Gen masking ialah gen yang menghalang warna asas daripada menunjukkan dirinya. Dalam erti kata lain, kucing putih pada asasnya mempunyai warna bulu selain daripada putih. Namun, penguasaan gen masking sebenarnya menyebabkan melanin dihalang daripada berkembang sehingga yang kelihatan adalah bulu putih.
  3. Kucing putih selalunya mempunyai warna mata yang agak menarik.
  4. Kucing putih bermata biru biasanya mengalami kehilangan pendengaran kongenital (pekak) akibat degenerasi telinga dalam. Rupa-rupanya, pekak itu dipengaruhi oleh warna biru pada mata kucing putih itu. Dalam erti kata lain, hampir semua kucing putih mengalami kehilangan pendengaran kerana kucing putih biasanya mempunyai mata biru pada kedua-duanya atau salah satu daripadanya.
  5. Walaupun banyak kucing mempunyai bulu putih yang merata, ternyata kucing putih juga terdiri daripada pelbagai baka. Contohnya, Oriental Shorthair, Parsi, British Shorthair, Scottish Fold, Ragdoll, Norwegian Forest, hingga Devon Rex.
  6. Tidak seperti kucing hitam, yang selalu dianggap membawa nasib malang, kucing putih melambangkan tuah dan kemakmuran dalam budaya di seluruh dunia.

Itulah antara fakta menarik tentang kucing putih. Sebagai tambahan, saya kongsikan kepada anda koleksi gambar kucing putih.


Gambar Kucing Putih

Kucing Putih

Gambar Kucing Puth

Kucing Warna Putih

Diharap perkongsian tentang fakta menarik tentang kucing berbulu putih dan juga beberapa gambar kucing yang memiliki bulu warna putih ini bermanfaat untuk anda semua. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel