Koleksi Pantun dan Ucapan Selamat Hari Guru 2023

Selamat hari guru buat semua insan yang bergelar guru. Setiap tahun, pada 16 Mei, Malaysia sentiasa memperingati Hari Guru sebagai bentuk penghargaan atas jasa para guru yang telah mendidik anak bangsa.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa guru merupakan seorang yang sangat berjasa dalam kehidupan seseorang. Kerana besarnya jasa dan pengaruh yang diberikan, rasanya semua yang kita ada mungkin tidak cukup untuk membalasnya.

Walaupun tidak dapat dibalas dengan sesuatu yang besar dan setara, ucapan selamat hari guru buat wira tidak didendang di hari guru tentunya amat bermakna. Ucapan Hari Guru 2023 yang tulus dan penuh bermakna sudah pasti hadiah yang indah buat para guru.

Berikut saya kongsikan kepada anda koleksi ucapan dan pantun selamat hari guru 2023 yang paling bermakna.

Koleksi Ucapan Selamat Hari Guru 2023

ucapan selamat hari guru

Terima kasih cikgu kerana memberi saya ilmu pengetahuan dan mendidik kami dengan baik dan yang cikgu bagi kepada saya.

Minta maaf atas yang telah saya buat kesalahan kepada cikgu.
Selamat Hari Guru. Kami tidak akan pernah cukup berterima kasih atas dedikasi, kebijaksanaan dan tanggungjawab anda.
Terima kasih kerana mengajar saya dengan baik wahai guru. Selamat Hari Guru!
Guru yang dihormati, tanpa bimbingan dan kebijaksanaan anda, saya tidak akan berada di tempat saya sekarang! Terima kasih dan Selamat Hari Guru!
Selamat Hari Guru... Untuk semua guru yang mulia Jasa Kalian akan selalu kami kenang. Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa...
Dalam ajarannya ada harapan.
Dalam tegurannya ada doa.
Dalam marahnya ada sayang.
Dalam diamnya ada kebijaksanaan.
Dalam tangannya ada sahsiah terbina.
SELAMAT HARI GURU
SELAMAT HARI GURU
Kepada semua pendidik yang bergerak Cikgu. Teacher. Usataz, Ustazah. Profesor dan sebagainya....

Terima kasih kerana mengajar kami tentang adab dan ilmu sehingga kami menjadi orang yang berguna.
Terima kasih Cikgu!
Kegigihanmu dalam mendidik tidak akan kami lupa.
Biar penat berdiri, jangan penat memberi.
Biar lelah terduduk, jangan lelah membentuk.
Biar penat bercakap, jangan penat berharap.

Terima kasih cikgu :)

Koleksi Pantun Selamat Hari Guru 2023

Waktu pagi mendung selalu,
Hujan renyai membasah bumi,
Terima kasih guru-guru,
Kerna sudi ajarkan kami.
Pelangi muncul jarang sekali,
Indah sungguh berwarna-warni,
Jasamu guru besar sekali,
Tidak terbalas walau seinci.
Air sungai jernih sekali,
Sejuk terasa di jari jemari,
Tiada ternila jasa diberi,
Tampamu guru siapalah kami.
Gunung tinggi didaki jua,
Sampai di puncak puas terasa,
Mengajar membaca juga mengira,
Dari mula hingga dewasa.
Pohon jambu lebat buahnya,
Dimakan oleh monyet dan kera,
Sabar melayan karenah muridnya,
Tiada jemu tidak terleka.
Merah menjala si bunga raya,
Dipetik sekuntum buat ibunda,
Terima kasih guru semua,
Menjadikan muridmu orang yang berguna.

Diharap dengan perkongsian koleksi pantun dan ucapan selamat hari guru ini bermanfaat untuk anda semua. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel