6 Sebab Kenapa Kucing Muntah

Kenapa kucing muntah? Muntah adalah keadaan biasa yang dialami oleh kucing. Banyak faktor boleh menyebabkan kucing muntah. Sebagai tuan yang baik, adalah penting untuk mengetahui apa yang menyebabkan kucing anda muntah.

Kucing muntah boleh bermakna masalah kecil seperti hairballs sehingga masalah besar seperti keracunan atau penyakit. Mengetahui punca kucing muntah boleh menentukan rawatan yang diperlukan oleh kucing.

Adalah penting untuk diperhatikan apa yang kucing muntah, berapa banyak dia muntah, berapa kerap dia muntah, dan sama ada muntah itu berkaitan dengan makan atau minum.

Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda semua, mengenai punca kenapa kucing muntah.

6 Sebab Kenapa Kucing Muntah

kenapa kucing muntah

1. Muntah Bulu (Hairballs)

Hairballs adalah punca biasa muntah pada kucing. Apabila kucing membersihkan dirinya, bulunya yang gugur akan tersangkut pada duri lidahnya yang kecil. Oleh kerana kucing tidak boleh memuntahkan bulu, ia menelannya, dan jika terlalu banyak bergumpal di dalam perut, bulu-bulu tersebut akan memakan ruang. Ini membolehkan kucing memuntahkan makanannya.

Kucing juga akan memuntahkan Hairballs dari perutnya dan kadangkala ia boleh disertai dengan buih atau cecair kuning. Hairballs bukanlah keadaan yang perlu dibimbangkan. Untuk merawat Hairballs, bersihkan bulu kucing anda dengan kerap.

2. Muntah Makanan

Jika kucing memuntahkan makanan yang belum tercerna, ia mungkin disebabkan regurgitasi. Untuk pengetahuan kitaa semua, regurgitasi adalah pengeluaran isi perut tidak berapa lama setelah makan  (sebelum makanan sempat tercerna).

Hal ini boleh berlaku kalau kucing kita makan dengan terlalu cepat atau mengalami masalah pencernaan.

Langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini ialah, pastikan kucing kita makan dengan kadar yang lebih perlahan atau bagi makanan dalam kuantiti yang lebih sedikit dalam satu-satu masa.

3. Keracunan atau Alahan

Adakalanya kucing kita muntah jika ia termakan makanan yang tidak elok atau keracunan makanan. Kalau kita baru tukar makanan kucing kepada jenama yang lain tapi dia masih muntah-muntah, anda perlu tukar lagi makanan kucing anda. Ini kerana makanan kucing itu mungkin tidak sesuai dengan si kucing.

4. Muntah Hijau atau Busuk

Kalau kucing kita tiba-tiba muntah hijau dan berbau busuk, kebiasaannya hal tersebut berlaku disebabkan oleh 4 faktor iaitu jangkitan, keracunan,masalah usus atau penyakit.

Jika kucing muntah hijau, itu mungkin berpunca dari faktor yang lebih serius dan kalau warna muntah kuning pekat kehijauan, itu mungkin boleh menjadi tanda masalah buah pinggang atau jangkitan.

5. Muntah Cacing

Kalau kucing muntah cacing pula, ia menunjukkan terdapat banyak cacing pada perut dan usus kucing. Kebiasaannya, kalau kucing muntah cacing, perutnya kelihatan lebih buncit berbanding kucing-kucing biasa.

Cara untuk menangani masalah ini ialah dengan memberikan ubat cacing kepada kucing setelah meminta nasihat dan pandangan daripada doktor haiwan dan jaga pemakanan kucing dengan baik agar tidak mengambil makanan yang tidak bersih.

6. Muntah Darah

Besar kemungkinan kucing yang muntah darah yang disebut hematemesis adalah keracunan arsenik.

Selalunya ini berlaku kepada kucing yang sering menangkap tikus dan hidup di jalanan. Kadang-kadang orang meracun tikus dengan racun tikus, dan kucing menangkap tikus dan memakannya.

Akibatnya, toksin dan bahan kimia berbahaya memasuki darah haiwan dengan cepat. Dalam kes ini, tubuh kucing mula melindungi dirinya dan menyebabkan muntah. Kucing juga mungkin akan kelihatan letih dan kurang bermaya.


Diharap dengan perkongsian mengenai kenapa kucing muntah ini bermanfaat dan dapat membantu anda mengenalpasti masalah kesihatan kucing anda. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel