Punca Kenapa Kucing Tidak Mahu Makan

Punca dan Cara Mengatasi Kucing Tidak Mahu Makan

Punca dan Cara Mengatasi Kucing Tidak Mahu Makan - Kerisauan pasti timbul apabila kucing peliharaan tiba-tiba tidak mahu makan. Jika anda mempunyai kucing peliharaan, adalah penting untuk mengetahui apa yang menyebabkan kucing tidak makan.

Terdapat beberapa sebab mengapa kucing peliharaan tidak akan makan, dari faktor kesihatan hingga pengaruh sekitarnya.

Punca Kucing Tidak Mahu Makan

Berikut merupakan beberapa faktor kucing enggan makan.

1. Penyakit

Kehilangan selera makan boleh menjadi penunjuk bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kucing. Terdapat beberapa keadaan yang mungkin menjadi punca, termasuk jangkitan, pankreatitis, kegagalan buah pinggang, masalah usus, hingga kanser. Bukan sahaja penyakit serius, sakit gigi juga boleh menjadi punca kucing tidak mahu makan.

2. Pemvaksinan

Kehilangan selera makan pada kucing boleh disebabkan oleh reaksi negatif terhadap suntikan vaksin. Hilang selera makan adalah salah satu kesan sampingan biasa suntikan vaksin yang biasanya bersifat sementara dan ringan.

3. Perjalanan dan Persekitaran Yang Asing

Perubahan dalam rutin boleh menyebabkan kehilangan selera makan. Selain itu, sesetengah haiwan mengalami mabuk perjalanan apabila mengembara dengan kereta atau kapal terbang, yang boleh menyebabkan loya dan kesukaran makan.

4. Masalah Psikologi

Jika doktor haiwan telah mengesahkan bahawa tiada penyakit fizikal yang menyebabkan kucing mogok lapar, maka kebimbangan atau kemurungan boleh menjadi sebab mengapa kucing tidak mahu makan.


Cara Mengatasi Kucing Tidak Mahu Makan

Berikut merupakan cara untuk mengatasi masalah kucing tidak mahu makan:
  • Cuba berikan makanan yang lazat seperti makanan kucing dalam tin, ikan sardin mentah atau daging ayam rebus kosong.
  • Panaskan sedikit makanan itu sehingga paras suhu badan, ini akan menaikkan aromanya dan membantu selera kucing.
  • Memberikan makanan itu dengan tangan, bercakap dengannya secara perlahan dan membelai kucing anda juga boleh merangsangnya untuk makan.
  • Anda boleh memberinya makan samada dengan sudu atau tangan dan menggalakkan kucing anda untuk menjilatnya. Jika dia masih tidak berminat, jangan biarkan makanan itu berada di luar lebih daripada sejam. Angkatkan makanan itu dan cuba perkenalkannya semula beberapa jam kemudian dan ulangi langkah memujuk seperti di atas.
  • Jika tidak ada cadangan di atas yang berjaya memujuknya, anda perlu berkunjung ke klinik. Doktor mungkin akan memberikan preskripsi perangsang selera makan atau memaksa kucing untuk makan.

Diharap dengan perkongsian mengenai punca kucing tidak mahu makan dan juga cara mengatasi kucing tidak mahu makan ini bermanfaat kepada anda semua. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel