Pantun Teka Teki Haiwan Dan Jawapan
2023-03-05T04:28:57Z
Waktu sekolah rendah dulu, mesti ada guru yang suka buat teka teki haiwan untuk menguji kanak-kanak sekolah.

Walaupun jawapan untuk teka teki haiwan ini sangat mudah bagi orang dewasa, namun untuk kanak-kanak, ia dapat membantu mengasah bakat untuk berfikir serta dapat meningkatkan ilmu.
Jadi, kalau anda sedang mencari contoh pantun teka teki haiwan untuk ditanyakan kepada anak-anak atau pelajar sekolah, disini saya akan kongsikan beberapa buah koleksi pantun teka teki haiwan yang anda boleh gunakan berserta jawapan.
Pantun Teka Teki Haiwan

Berikut merupakan pantun teka teki haiwan dan juga jawapan.
Pagi-pagi pergi ke kebun,Menebas rumput guna parang,Waktu siang matanya rabun,Waktu malam matanya terang.JAWAPAN: Burung Hantu
Berwajah cantik berbadan langsing,Menjadi impian muda dan mudi,Binatang ini berpinggang ramping,Kalau menggigit sakitnya tidak terperi,JAWAPAN: Kerengga
Pergi berjalan di waktu petang,Singgah makan rojak kangkung,Binatang ni badannya panjang,Jika diusik badannya digulung?JAWAPAN: Ulat Gonggok
Pecah kaca jatuh berderai,Jatuh berderai ketika menyusun,Taringnya tajam bila menyeringai,Bila mengaum terasa gerun.JAWAPAN: Harimau
Dari mudik menuju ke muara,Untuk mencari buah kelapa,Tahukah adik binatang apa,Darahnya hitam tulangnya satu?JAWAPAN: Sotong
Waktu sarapan makan roti,Sedap dimakan dengan madu,Garang betul binatang ini,Kejar orang hendak menyudu.JAWAPAN: Angsa
Pisang emas pisang restali,Bila dimakan manis sekali,Binatang ini kesayangan nabi,Mukanya comel jinak sekali.JAWAPAN: Kucing
Anak ayam mati tercekik,Dibuang orang di tepi lombong,Kalau adik orang yang cerdik,Apa binatang tanduk di hidung?JAWAPAN: Badak Sumbu
Buat jahat selalu dikecam,Buat baik selalu dipuja,Binatang ini giginya tajam,Kalau berehat mulut ternganga,JAWAPAN: Buaya
Jatuh di parit lutut berdarah,Sebab habuk masuk ke mata,Binatang ini menghisap darah,Bawa penyakit kepada manusia.JAWAPAN: Nyamuk
Pergi memancing di Sungai Jeli,Dapat seekor si ikan keli,Jika adik bijak bistari,Binatang apakah keris di kaki?JAWAPAN: Ayam Jantan
Manis sungguh buah melaka,Dibuat oleh si anak dara,Lehernya panjang tidak terkira,Tapi makan pucuk pokok sahaja.JAWAPAN: Zirafah
Mak Limah bercakap pelat,Memakai baju berkain batik,Binatang kecil ini seperti ulat,Sudah besar berkepak cantik.JAWAPAN: Rama-Rama
Naik basikal ke rumah Pak Harun,Untuk melihat perlawanan gasing,Binatang ini sangatlah gerun,menggigit mangsa terkoyak daging.JAWAPAN: Ikan Jerung
Makan nasi berulam raja,Ditambah dengan sambal sotong,Kalau adik pandai meneka,Apa binatang tidur tergantung?JAWAPAN: Kelawar
Sakit terkena duri semalu,Ketika menangkap ikan siakap,Kalau adik ingin nak tahu,binatang apa pandai bercakap.JAWAPAN: Burung Tiung
Upin Ipin ketawa sahaja,Bila melihat cerita jenaka,Cuba adik cubalah teka,Badannya besar berstokin pula.JAWAPAN: Seladang
Diharap perkongsian koleksi pantun teka teki haiwan ini bermanfaat kepada anda semua. Jika anda mahukan teka teki yang lebih mencabar, anda boleh masuk ke halaman ini Teka Teki Lawak. Sekian.