10 Game 'Rahsia' di Google Yang Boleh Main Secara Percuma

Google mempunyai game rahsia yang tidak semua orang tahu. Game Google ini boleh dimainkan oleh pengguna secara percuma tanpa memuat turun aplikasi lagi.

Kalau sedang bosan atau sudah puas melayari internet, game di Google ini mungkin sesuai untuk anda.

Berikut adalah senarai game boleh main di google tanpa download.


Game Di Google

game di google

1. Play Snake

Game ular ini serupa dengan permainan ular pada telefon Nokia lama. Anda masih boleh memainkannya di Google secara percuma dengan visual yang lebih lucu dan berwarna-warni.

Hanya perlu taip "Play Snake" pada carian Google, kemudian klik "Play" pada panel dalam hasil carian.

2. Tic-tac-toe

game google tic tac toe

Game rahsia seterusnya di Google ialah Tic-tac-toe atau biasa dikenali sebagai 'SOS'. Anda boleh terus mencari permainan ini di carian Google dengan menaip "Tic-tac-toe".

Kemudian hasil carian Google akan memaparkan papan 3x3 dan anda boleh mula main.

3. Game Dinosaur

Anda mesti biasa dengan permainan Google yang satu ini. Apabila anda kehilangan sambungan internet anda, imej dinosaur akan muncul di halaman hadapan Google Chrome.

Sebenarnya game ini disediakan oleh Google untuk penggunanya menghilangkan kebosanan sementara menunggu sambungan internet ada semula.

4. Solitaire

Permainan Google ini senang saja untuk dicari. Anda hanya perlu taip "Solitaire" atau "Solitaire Klasik" di Google dan boleh mula main.


5. Minesweeper

Minesweeper ialah permainan video teka-teki yang hanya melibatkan seorang pemain. Cara bermain permainan ini ialah anda perlu membersihkan papan yang bertaburan atau bom tersembunyi. Untuk memenangi permainan ini anda perlu membuka semua papan tanpa meletupkannya.

Macam biasa kalau nak cari game ini, anda hanya perlu cari "Minesweeper" di carian Google.

6. Champion Island Games

champion island games

Doodle Champion Island Games ialah salah satu permainan rahsia yang paling banyak dimainkan di Google setakat ini. Grafik permainan ini masih dalam bentuk RPG lama ala Nintendo.

Permainan ini pada asalnya dipersembahkan sebagai Google Doodle interaktif untuk memperingati Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan telah dikeluarkan semula pada permulaan Paralimpik.

Doodle Champion Island Games menyediakan 7 permainan mini bertemakan sukan seperti papan selaju, renang artistik, ragbi, maraton, panjat tebing, memanah dan pingpong.

Cara bermainnya ialah anda sebagai Lucky Ninja Cat akan mengelilingi pulau untuk menyertai sukan dan menghadapi lawan untuk memenangi permainan. Anda hanya perlu cari "Champion Island Games" di carian Google dan boleh mula main.

7. Google Underwater

Game rahsia yang satu ini sebenarnya adalah paparan Google yang membawa tema bawah air. Hanya perlu taip "Google Underwater", kemudian anda akan disajikan dengan pemandangan dengan tema bawah air. Anda boleh memainkannya hanya dengan menggunakan kursor.

8. Space Invaders

Google juga menyediakan permainan klasik Space Invaders. Anda hanya perlu memasukkan kata kunci "Google Space Invaders", dan boleh bermain permainan Space Invaders yang bertemakan Google.

9. Game Google Slalom Canoe

Permainan rahsia seterusnya di Google ialah Slalom Canoe. Permainan ini adalah sejenis permainan berhalangan yang bertemakan sukan air. Anda boleh bermain permainan ini disini Google Slalom Canoe.

10. Game Google Soccer 2012

permainan google soccer

Permainan ini telah dilancarkan semasa Sukan Olimpik 2012. Google Doodle membawa banyak tema sukan seperti bola sepak yang masih boleh dimainkan hari ini. Anda boleh bermain permainan Google ini disini Google Soccer 2012.


Kesimpulannya, masih banyak lagi permainan Google yang kita boleh main secara percuma dan tanpa download. Senarai yang saya tulis dalam artikel ini hanya sebahagian sahaja dan tentunya yang paling menarik untuk dimainkan. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel