Koleksi Pickupline Raya Aidilfitri Paling Terbaru 2023

Kini, tiba waktu yang dinanti-nanti oleh semua umat Islam di seluruh dunia iaitu Hari Raya Aidilfitri. Dalam suasana yang penuh dengan keriangan dan kegembiraan ini, sudah tentu ada banyak perkara yang boleh dilakukan, seperti makan-makan, bermaaf-maafan, dan berkunjung ke rumah-rumah saudara-mara.

Namun, kalau anda mencari cara yang unik untuk menarik perhatian pasangan anda semasa perayaan ini, kanda boleh cuba dengan menggunakan pickupline raya. Bagi mereka yang tidak tahu apa itu pickupline, ia merujuk kepada ayat atau kata-kata yang digunakan untuk memikat atau menggoda seseorang.

Ayat Pickupline Raya

pickupline raya

Berikut merupakan beberapa pickupline raya yang anda boleh gunakan.
Apa beza awak dengan raya?
Tiada beza pun, dua-dua saya suka.
Awak balik raya hati-hati ye.
Nanti lepas raya jangan lupa balik ke hati saya. 
Saya tak nak makan kuih makmur awak sebab kehadiran awak sudah cukup makmurkan hati saya. 
Do you like ketupat?
Because you make my heart melompat-lompat.
Daripada awak buat rumah terbuka untuk Raya, baik awak buka hati untuk saya. 
Nanti raya saya ingat nak salam ayah awak, testing cemana feel akad nikah.
Balik kampung nanti, kirim salam kat mak. Mana tau tahun depan mak naik pangkat jadi mak mertua saya. 
Do you like to see bunga api?
because you make my heart explode boom boom.
Hati saya macam rumah terbuka, selalu terbuka untuk awak. 
Saya rasa bunga api tahun ni tidak sehebat hati saya meletup bila nampak awak. 
Awak main mercun tak?
Sebab awak memang meletup. 
Baju raya takyah warna warni, awak pun dah cukup mewarnai hari saya.
Awak tahu tak, apa beza awak dengan kuih sarang semut?
Kuih sarang semut, sarang semutlah tapi awak, Sarangheyo.
Awak, saya suka tengok awak guna baju kurung bila raya.
Sebab saya mahu kurung awak dalam hati saya.
Saya tak kisah kalau tak ada kuih semperit,
tapi saya rasa perit kalau awak tak ada. 
Awak buat kuih tart tak untuk hari raya ni?
Sebab I love U ketart-ketart.
Awak ni sama macam dodol,
Sebab saya suka kacau awak.
 I dont need mercun because you dah cun melecun! 
Awak, kalau raya tak perlu pakai sampin.
Sebab saya ada di samping awak.
Awak ibarat poket baju melayu di bahagian dada kiri saya.
Sebab awak sentiasa berada di hati saya.
Awam jangan main mercun tau, nanti putus jari,
macam mana saya nak sarung cincin nanti? 
Apa beza awak dengan ketupat?
Ketupat orang cari waktu raya sahaja, kalau awak saya cari hari-hari.

Itulah beberapa contoh pickup line raya yang boleh anda gunakan semasa beraya. Namun, perlu diingatkan bahawa penggunaan pickup line haruslah bijak dan memahami situasi serta perasaan orang yang kita ajak bergurau. Jangan terlalu serius atau melampau-lampau dalam memberi pickup line kerana ia boleh menjejaskan hubungan dengan orang yang kita ajak bergurau.

Semoga koleksi pickup line raya ini dapat memberikan idea dan inspirasi kepada anda untuk menghasilkan pickup line yang lebih kreatif semasa beraya. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan maaf zahir batin.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel