Cara Tukar Transfer Limit Maybank2u

Untuk tujuan keselamatan, Maybank telah memperkenalkan limit transaksi Maybank2u yang membataskan transaksi yang dapat dilakukan oleh penggunanya.

Berikut adalah had transaksi pemindahan wang melalui Maybank2u:
  • Pindahan wang ke akaun pihak ketiga - RM3,000
  • Pindahan wang antara Bank GIRO - RM3,000
  • Pindahan wang antara bank Segera - RM3,000
  • Pindahan Telegrafik Asing - RM10,000
  • Pindahan DuitNow - RM3,000

Namun, kalau anda mahu melakukan transaksi yang melebihi had yang dinyatakan di atas, anda perlu tukar limit transaksi Maybank2u terlebih dahulu.

Cara Tukar Transfer Limit Maybank2u

transfer limit maybank

Anda dapat menukar transfer limit Maybank2u melalui laman web Maybank2u yang boleh diakses melalui komputer atau peranti anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
  1. Buka laman web Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.
  2. Log masuk ke dalam akaun anda seperti biasa.
  3. Pada bahagian menu atas laman tersebut, klik pada butang "SETTINGS".
  4. Klik pada pilihan "PAY & TRANSFER".
  5. Pilih "Transfer Limit".
  6. So, disini anda boleh ubah transfer limit.
  7. Klik pada ikon pensil untuk menukar had transaksi.
  8. Klik butang "SAVE CHANGES".
  9. Tunggu sehingga anda menerima kod TAC melalui SMS.
  10. Masukkan kod TAC yang diterima.
  11. Klik butang "CONFIRM".

Pada halaman "Transfer Limit" itu juga, anda boleh memilih untuk menukar had transaksi untuk semua kategori transaksi atau hanya kategori tertentu sahaja, mengikut keperluan anda.


Itulah cara yang paling mudah untuk tukar transfer limit Maybank2u. Semoga bermanfaat. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel