Resipi Yong Tau Fu

Siapa suka makan Yong tau fu dengan sup boleh cuba resipi ni.

Resipi Yong Tau Fu

Resipi sup :

Bahan-bahan :
  • 1 kiub ikan bilis
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 biji kurma(x letak pon xpe)
  • 1.5 liter air


(Hiris kasar bahan yang bertanda *). Lepas itu masukkan semua dalam periuk dan reneh dengan api kecik selama sejam. Sudah siap tapis air renehan itu. Lepas itu boleh masukkan apa-apa bahan yang digemari.

Resipi Yong Tau Fu

Untuk sambal dia :

  • 1 sb belacan dibakar
  • 10 tangkai cili kering digorg ngan minyak(hati jgn lama sgt..nnti pahit)
  • Air gula melaka secukupnya
  • Garam (kalo kurg rasa masin)
  • Bijan (tapi saya tiada bijan. saya pakai kacang goreng yang ditumbuk kasar)
  • 1 sudu besar tepung jagung( bancuh sedikit dengan air untuk pekatkan sambal)

  1. Kisar cili kering itu dengan sedikit air. Lepas itu tapis.
  2. Lepas itu masukkan semua bahan kecuali bijan dan tepung jagung dalam periuk. Sudah mendidih masukkan bijan lepastu air tepung jagung.
  3. Rasa sambal cukup manis masin dia.