7 Maksud Mimpi Ular Masuk Rumah Yang Perlu Anda Tahu

Walaupun hanya dalam mimpi, melihat ular masuk ke dalam rumah adalah menakutkan.

Sudah tentu, kalau haiwan yang anda jumpa dalam mimpi adalah haiwan peliharaan, itu pasti best.

Tetapi bagaimana kalau melihat seekor ular dalam mimpi?

Sebabnya, dari rujukan yang saya lakukan di pelbagai website, mimpi ular masuk rumah ini membawa petanda yang buruk. Sebelum itu, saya mahu bagitahu bahawa artikel yang saya kongsikan ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan seratus peratus. Jom kita ketahui apakah maksud mimpi ular masuk rumah.

Senarai Kandungan [Show]

Maksud Mimpi Ular

Maksud Mimpi Ular Masuk Rumah

1. Maksud Mimpi Melihat Ular Besar Masuk Rumah

Mimpi ular besar masuk rumah adalah tanda amaran bahawa anda atau ahli keluarga anda akan ditimpa bencana. Contohnya mengalami kemalangan, kehilangan harta benda, penyakit serius dan lain-lain lagi.

2. Mimpi Melihat Ular Masuk Bilik Tidur

Mimpi ini dikatakan membawa petanda bahawa anda akan segera menemui jodoh atau pasangan hidup dalam masa terdekat.

Tetapi jika dialami oleh orang yang sudah berkahwin, ini berkaitan dengan perselingkuhan pasangan.

3. Mimpi Dililit Ular dalam Rumah

Mimpi ini dikatakan sebagai petanda masalah kewangan. Iaitu, akan ada seseorang yang mengutip hutang atau menawarkan pinjaman kepada anda yang akan menyusahkan anda pada masa hadapan.

4. Maksud Mimpi di Rumah Ular Banyak

Mimpi ini kononnya membawa petanda bahawa, salah satu keputusan yang anda buat akan membawa kesukaran dan menjadikan hidup anda rumit pada masa hadapan.

5. Erti Mimpi Ular Tedung Masuk Rumah

Jika dalam mimpi anda melihat seekor ular tedung masuk ke dalam rumah, ini menunjukkan bahawa terdapat jiran yang memendam rasa cemburu.

Bukan sekadar cemburu, dia akan cuba merosakkan hidup anda dengan pelbagai cara seperti menyebar fitnah hingga menghantar sihir.

Walau bagaimanapun, ada juga yang menafsirkan mimpi ini sebagai petanda baik bahawa semua masalah akan segera berlalu.

6. Mimpi Didatangi Ular Sawa di Rumah

Menurut primbon Jawa, melihat ular sawa masuk ke dalam rumah merupakan petanda yang tidak baik.

Ini adalah amaran untuk anda berhati-hati dalam membuat keputusan.

Jika tidak, anda akan mengalami hutang yang besar kerana perniagaan atau pelaburan yang rugi.

7. Maksud Mimpi Ular Berdasarkan Warna Badan

Berikut adalah pelbagai makna mimpi melihat ular di dalam rumah berdasarkan warna yang perlu anda ketahui:
  • hitam, menandakan datangnya muslihat dalam hidup anda
  • putih, petanda anda akan menghadapi wabak penyakit
  • hijau, berkaitan dengan masalah kewangan seperti hutang atau kredit
  • kuning, akan ada godaan orang ketiga dalam kehidupan rumah tangga atau cinta anda

Itulah maksud mimpi ular masuk dalam rumah. Artikel ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan seratus peratus.

Artikel Tentang Maksud Mimpi Yang Lain:

Semoga bermanfaat. Sekian
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel