Perbezaan Baking Powder Dan Soda Bikarbonat

Apa perbezaan antara baking powder dan soda bikarbonat? Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda beberapa perbezaan baking powder dan soda bikarbonat.

Pembuat kek mesti tahu perbezaan dua benda ini. Kalau tidak tahu, selalulah berlaku kek tidak menjadi. Jadi penting untuk mengenali dua benda ini dengan harapan kek yang bakal anda buat nanti menjadi.

Apa Beza Baking Powder Dengan Soda Bikarbonat?

baking powder dan soda bikarbonat

Baking Powder (Serbuk Penaik)

Soda Bikarbonate

Baking powder adalah agen penaik kimia yang disediakan secara komersial.

 

Ia mengandungi sejenis asid (biasanya cream of tartar) dan sejenis alkali (soda bikarbonat). Kedua-dua bahan ini di campur dengan sejenis serbuk kanji atau tepung.

 

Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double-action baking powder).

 

Jenis biasa digunakan dalam kebanyakkan kek manakala jenis berganda digunakan untuk membuat kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan mekar.

Soda bikarbonat juga adalah agen penaik yang di sediakan secara komersial.

 

Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar dan menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.

 

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakkan kek, biskut atau kueh yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan lain-lain.

 

Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih

 

Adunan bahan-bahan ini akan terlarut apabila di gunakan dalam doh yang lembab dan bahan-bahan kimia akan bertindak untuk menghasilkan karbon dioksida. Apabila di bakar ia akan mengembang, sebab itulah kek dan roti yang mengandungi bahan ini akan menaik.


Itulah perbezaan baking powder dan soda bikarbonat. Semoga bermanfaat.


SUMBER: Blog q.a.s.e.h.u.t.e.q

0 Response to "Perbezaan Baking Powder Dan Soda Bikarbonat"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel