5 Khasiat Buah Kundang Untuk Kesihatan

khasiat buah kundang

Pengenalan Buah Kundang

Buah kundang ataupun nama saintifiknya Bouea macrophylla yang berasal dari keluarga Anacardiaceae merupakan tumbuhan yang ada di negara kita Malaysia serta ada di kebanyakkan negara Asia.

Antara nama lain bagi buah kundang ialah kemior, buah setar, temia, remunia, Ma Prang (Thailand), ramania atau gandaria (Indonesia), mayun thee (Burma) dan thanh tra (Vietnam).

Pokok kundang merupakan sejenis tumbuhan yang berkanopi besar dan ketinggiannya boleh mencecah sehingga 18 meter. Kundang boleh dibiakkan menggunakan bijih benih atau dengan cantuman mata tunas.

Berikut merupakan jadual komposisi buah kundang 100Gram:

Karbohidrat

11.3 g

Lemak

0.02-0.04 g

Protin

0.04-0.1 g

Kalsium

6-9 mg

Posforus

4-11 mg

Besi

0.3 mg

Vitamin A

72 IU

Vitamin B1

0.03-0.1 mg

Vitamin B2

0.03-0.05 mg

Niacin

0.3-0.5 mg

Vitamin C

75 mg


Khasiat Buah Kundang

Berikut merupakan antara khasiat buah kundang untuk kesihatan:

1. Mencegah Kanser

Khasiat buah kundang yang pertama ialah, mampu mencegah kanser. Buah kundang kaya dengan vitamin C yang merupakan antioksidan terbaik yang mampu untuk mencegah kanser dan juga mengelakkan kerosakkan sel-sel kulit.

2. Mengurangkan Simptom Demam

Kandungan vitamin C yang ada pada buah kundang juga mampu mengurangkan kesan akibat demam seperti selsema, loya dan sakit-sakit badan.

3. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Oleh kerana buah kundang memiliki antioksidan yang tinggi, buah kundang yang sangat berkhasiat ini juga dapat memelihara kesihatan jantung dengan mengembangkan saluran darah untuk menjauhkan penyakit atherosclerosis.

4. Ubat Untuk Sakit Kepala

Caranya ialah, ambil daun kundang dan tumbuk lumat. Seterusnya tepekkan dikepala seperti menampal koyok untuk mengurangkan rasa sakit.

5. Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

Buah kundang sememangnya baik untuk jantung jadi buah kundang juga adalah sangat baik untuk tekanan darah. Ini kerana ianya memberi bukaan (pengembangan yang baik) kepada salur darah dan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

Baca juga:
 

Kesimpulan

Oleh kerana buah kundang memiliki rasa yang masam, buah kundang kaya dengan vitamin C. Jadi buah kundang memiliki banyak khasiat untuk kesihatan malah bukan sahaja dari buahnya tetapi juga termasuk daun dan tangkainya. Tambahan lagi, pucuk daun kundang yang masih muda dan berwarna ungu juga boleh dijadikan ulam-ulaman.

Diharap dengan perkongsian mengenai khasiat buah kundang ini bermanfaat dan dapat memberikan anda ilmu pengetahuan mengenai kesihatan. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel