Petua Hilangkan Batuk Dan Gatal Tekak Dengan Cepat

Batuk dan gatal tekak merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh masyarakat, terutamanya semasa perubahan cuaca atau pada masa yang sejuk. Masalah ini juga boleh disebabkan oleh pencemaran udara, asap rokok dan jangkitan virus atau bakteria.

Masalah ini boleh mengganggu kehidupan seharian, terutamanya semasa bekerja atau bergaul dengan orang lain. Oleh itu, amat penting untuk mengetahui beberapa petua yang boleh membantu menghilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat dan berkesan.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan beberapa petua yang boleh membantu anda mengatasi masalah batuk dan gatal tekak dengan mudah dan cepat.

Sebelum mengetahui beberapa cara untuk menangani batuk dan gatal tekak, ada baiknya kalau kita ketahui punca ianya berlaku.

Banyak perkara dan keadaan boleh menyebabkan batuk dan tekak gatal. Menurut Medical News Today, berikut adalah beberapa daripada puncanya:
  • Lendir dari hidung meleleh ke kerongkong
  • Keradangan membran mukus di hidung
  • Sakit tekak
  • Asma
  • Alahan makanan, pencemaran udara, habuk, klorin kolam, produk pembersih, bulu haiwan, hama, dll.
  • Tekak kering apabila kekurangan cecair
  • Penyakit refluks asid kronik (gastro esophageal reflux disease atau GERD)
  • Jangkitan virus atau bakteria

Petua Hilangkan Batuk Dan Gatal Tekak

petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat

1. Madu

Bahan yang biasa digunakan untuk merawat pelbagai gejala atau masalah kesihatan ialah madu. Ia adalah bahan yang telah digunakan untuk masa yang sangat lama untuk merawat batuk.

Kalau anda perasan, ubat batuk yang dijual di farmasi atau di kedai yang menjual ubat mengandungi madu. Madu juga telah digunakan turun temurun sebagai petua sakit tekak dan petua batuk bayi.

Cara menggunakan madu untuk menghilangkan batuk adalah, ambil sesudu madu dan makan begitu sahaja. Jangan risau, tidaklah manis seperti gula, masih boleh diterima.

2. Bernafas Guna Wap Air Panas

Wap dari air panas juga boleh digunakan untuk merawat batuk terutamanya batuk berkahak. Di dalam bilik mandi dengan wap, pesakit boleh mandi air panas dan bernafas.

Anda juga boleh cuba mengisi mangkuk dengan air panas, menyedut wap yang dihasilkan, dan menutup kepala anda dengan tuala untuk mengelakkan wap daripada bebas keluar dan membolehkan pesakit menyerap dan menyedutnya sepenuhnya.

3. Berumur Dengan Air Garam

Petua hilangkan batuk dan gatal tekak yang seterusnya ialah berkumuh dengan air garam. Caranya ialah, larutkan sedikit garam (setengah sudu besar) dalam air suam. Kacau sebati.

Kumur-kumur hingga ke dalam tekak, tapi jangan sampai tertelan. Ini akan membantu melegakan kerengsaan tekak.

4. Halia

Halia juga merupakan bahan yang dijadikan untuk petua hilangkan batuk dan gatal tekak. Kerana halia mengandungi sifat anti-radang, ia boleh melegakan batuk kering dan batuk asma. Halia mengandungi bahan-bahan yang boleh mengendurkan sel-sel membran dalam saluran pernafasan, sekali gus mengurangkan batuk. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa halia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan perut, jadi ia harus digunakan dengan berhati-hati.

Caranya ialah, ambil sepotong halia, ditumbuk atau dihiris, dan rendam dalam air suam. Anda boleh menambah sedikit gula jika anda mahu, atau hanya meminumnya kosong, dan batuk akan beransur-ansur hilang dengan sendirinya.

5. Bawang Putih

Selain itu, bawang putih yang dibakar separuh masak boleh meredakan batuk yang berterusan. Terutamanya semasa tidur pada waktu malam.

Kalau anda batuk-batuk, bakar bawang putih sebiji dan dimakan begitu sahaja ketika sedang batuk.

Ada yang mendakwa bawang putih juga boleh dimakan bersama madu dan air suam untuk merawat batuk dengan cepat dan membersihkan kahak.

6. Asam Jawa

Asam jawa adalah antara bahan yang digunakan untuk petua hilangkan batuk yang terbaik kerana khasiat yang terkandung di dalamnya akan membuatkan tekak anda berasa lega dan segar.

Untuk caranya, ambil satu sudu atau dua sudu asam jawa dan campurkan dengan air suam sebelum diminum. Anda boleh menambah sedikit gula jika mahu, dan sakit tekak anda akan beransur pulih selepas meminum jus asam jawa ini.

Asam jawa berfungsi untuk menyejukkan badan yang panas atau demam, dan juga dikatakan boleh melegakan sakit kepala selain batuk.

Anda boleh minum air asam jawa dua kali sehari, sama ada pada waktu pagi dan petang atau pada waktu siang dan malam.


Kesimpulannya, jika anda mengalami batuk yang berterusan tidak hilang atau kritikal, anda perlu berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Semoga perkongsian petua hilangkan batuk ini dapat membantu anda yang mengalami sakit tekak dan batuk kronik. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel