Cara Tukar Nombor Telefon Maybank

Ada beberapa keadaan yang menyebabkan anda mungkin perlu menukar nombor telefon untuk kegunaan TAC untuk transaksi perbankan Maybank online seperti nombor yang hilang, disekat atau telefon bimbit yang hilang dicuri orang lain.

Jika ini berlaku kepada, anda perlu menukar nombor telefon TAC Maybank anda dengan kadar yang segera. Ini kerana kalau nombor anda itu digunakan oleh orang lain, anda mungkin berisiko untuk kehilangan duit dicuri oleh orang yang sedang menggunakan nombor telefon anda. Tetapi kalau nombor anda ittu disekat, ianya tidak memberi apa-apa masalah selagi tiada orang lain yang menggunakan nombor tersebut.

Senarai Kandungan [Show]

Cara Tukar No Telefon Maybank

cara tukar nombor telefon maybank

Anda boleh menukar nombor telefon TAC Maybank menggunakan salah satu daripada dua kaedah yang saya kongsikan di bawah.

1. Tukar Nombor Telefon TAC Maybank di ATM

tukar nombor telefon maybank

  1. Pergi ke mesin ATM yang berdekatan.
  2. Seperti biasa, masukkan kad ATM dan nombor PIN.
  3. Pilih pada menu Maybank2u/Phone Banking/ATM SMS Alerts.
  4. Sila masukkan nombor telefon bimbit baru anda untuk menukar nombor telefon lama, tekan YA
  5. Selesai.


2. Tukar Nombor TAC Maybank di Bank

Sebelum pergi ke mana-mana cawangan Maybank, anda perlu menyediakan nombor telefon baharu untuk menukar TAC, kad pengenalan, buku simpanan dan kad ATM. Ini penting sebagai bukti pemilikan akaun.

  1. Sila kunjungi cawangan Maybank berhampiran.
  2. Ambil nombor giliran.
  3. Maklumkan kepada customer service bahawa anda ingin menukar nombor TAC Maybank.
  4. Selesai.

Kesimpulannya, itulah dua cara yang paling mudah untuk menukar nombor TAC Maybank. Setakat ini, anda tidak boleh menukar nombor TAC Maybank secara online. Anda perlu pergi ke mesin ATM atau cawangan Maybank yang berdekatan dengan anda. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel